MAKLUMAT SYARIKAT
Nama Syarikat
|
:
|
MINDA WIBAWA RESOURCES
|
Nombor Pendaftaran
|
:
|
SA0270057-M
|
Alamat surat Menyurat
|
:
|
Minda Wibawa Resources
No. 12A, Jalan Jinjang 27 / 54,
Taman Alam Megah, Seksyen 27
40400 Shah Alam
Selangor
|
Tel / Faks
|
:
|
03-5101 9151 / 03-5103 9151 / 0183828782
|
E mail
|
:
| |
Akaun Bank
|
:
|
CIMB BANK 1233-0000-554-107
CIMB Online Bankin 8600-677-133 |
PENGENALAN
Minda Wibawa Resources ditubuhkan pada 26hb Ogos 2013 dengan misi asal untuk membantu meningkatkan kecekapan dan daya saing usahawan bumiputera (kontraktor & pembekal) dan professional bumiputera melalui program latihan, seminar dan khidmat perundingan.Minda Wibawa Resources diperingkat awal penubuhannya menggabungkan pengalaman dan kepakaran dua orang professional bumiputera yang berpengalaman luas dibidang kejuruteraan dan pengurusan projek. Selepas dua tahun penubuhannya Minda Wibawa Resources telah berkembang dengan menggabungkan lapan(8) professional bumiputera dan bukan bumiputera yang berpengalaman yang berkaliber dibidang pembinaan dan perniagaan. Mereka terdiri daripada beberapa orang Pengurus Projek Professional yang telah mendapat akreditasi antarabangsa dan telah menyiapkan beberapa projek berskala “mega” diperingkat nasional dan atarabangsa. Pengalaman mereka meliputi perkhidmatan disektor kerajaan dan disektor korporat samada diperingkat nasional ataupun diperingkat antarabangsa.Mereka kini ingin berkongsi pengalaman untuk meningkatkan daya saing syarikat untuk terus kukuh memberikan perkhidmatan yang lebih professional kepada badan korporat dan kerajaan.Mereka adalah:1) Haji Ismail Bin Omar2) Haji Ibrahim Bin Abdul Rahman3) Haji Mohd Subuki Bin Fadzil4) Haji Borhan Bin Kamisan5) Haji Shamsudin Bin Sulaiman6) En Khairul Hisham Bin Daud7) En Hong Kit Leong
9) En Kamil Bin Musa
VISI
Minda Wibawa
Resources mempunyai Visi untuk menjadi antara peyedia perkhidmatan latihan dan
Perunding Pengurusan Projek yang unggul kepada pemain pemain industri binaan yang
terdiri daripada syarikat koporat dan juga agensi serta jabatan kerajaan menjelang
2020.
MISI
Minda Wibawa Resources
mempunyai misi untuk menyumbang dan membantu pemain pemain Industri Binaan
Malaysia meningkatkan daya saing mereka seperti yang dihasratkan didalam Pelan
Pembangunan Industri Binaan Malaysia (Construction Industry Master Plan 2006 –
2015) melalui usaha peningkatan ilmu Pengurusan Projek yang berterusan
dikalangan personal binaan.
STRATEGI
Bagi mencapai
VISI & MISI syarikat, Minda Wibawa
Resources menumpukan khidmat latihan, Seminar, Kursus dan Perundingan didalam
bidang bidang yang menjadi teras utama didalam pelaksanaan projek pembinaan.
Kapasiti dan daya saing kontraktor khususnya dan industri binaan negara perlu
ditingkatkan melalui proses pembelajaran yang berterusan untuk menguasai ilmu Pengurusan
Projek yang turut merangkumi Pengurusan Kontrak, Pengurusan Tuntutan &
Penyelesaian Pertikaian, Penyediaan Pelan Perancangan Projek, Penyediaan “Work
Program” dan Pengurusan “human resource”. Selaras dengan itu Minda Wibawa
Resources memberi tumpuan terhadap Latihan, Seminar dan khidmat Perunding
dibidang:-
1)
Pengurusan projek berdasarkan metodologi “Project Management
Institute” USA
2)
Pengurusan dan Pentadbiran
Kontrak berdasarkan borang kontrak piawai PWD 203, PAM 2006, IEM.CE 2011.
3)
Pengurusan penyelesaian
pertikaian berdasarkan kepada undang undang baru (CIPAA 2012)
4)
Penyediaan Pelan Pengurusan
Projek (Project management Plan) yang komprehensif dan praktikal mengikut
metodologi “Project Management Institute” USA.
5)
Pemantauan & Pengawalan
Projek bagi pihak “project funder”
6)
Penyediaan “work program”
menggunakan aplikasi “Microsoft Project”
7)
“Business Coaching” untuk
kontraktor kecil
8)
Motivasi & Integriti
Penyataan
masalah serta modul latihan dan seminar mengambil kira keadaan semasa yang
melanda industri binaan negara. Seminar
dan latihan akan diadakan secara berkala diseluruh semenanjung agar dapat
mencapai kumpulan sasar yang lebih besar.
Selain dari
seminar dan latihan, kami juga menyediakan khidmat juru runding pengurusan
projek, pengurusan kontrak dan sebagai penasihat CIPAA 2012 kepada pihak pihak
yang bermasalah dan berminat menggunakan perkhidmatan kami.
PELANGGAN
2) Agensi Kerajaan (Majlis Daerah
& Perbadanan Kemajuan Negeri, PRIMA)
3) Jabatan Kerajaan (JKR, JPS,
JPN)
4) Pemaju Perumahan
5) Bank & Institusi Kewangan
No comments:
Post a Comment