SEMINAR CIPAA (AKTA
BAYARAN & ADJUDIKASI INDUSTRI BINAAN )& PENGURUSAN KONTRAK DI BILIK
SEMINAR CIDB SELANGOR PADA 23 & 24
HB APRIL 2014 ( 20 MATA CCD)
![]() |
seminar sedang berlangsung |
![]() |
penyampaian berkesan |
![]() |
perbincangan senario & realiti pembinaan |
![]() |
khusyuk mendengar seminar |
![]() |
Dr Chu Tay - Pengarah Urusan Chujasa Engineering Sdn Bhd |
![]() |
En Nawab dari Langkawi (Malaysian Indian Muslim Of Chamber Of Commerce & Industry) |
![]() |
Tn Hj Amir (Pengarah Urusan Adil Sepakat Sdn Bhd ).. dari Ipoh |
![]() |
En Shahrol Adnan wakil dari Majlis Daerah Kuala Selangor |
![]() |
Tn Hj Amat ( telah menghadiri seminar anjuran kami untuk kali keempat) |
![]() |
En Kamsadon ..Pengarah Kasad Murni (M) Sdn Bhd - juga telah menghadiri seminar anjuran kami buat kali yg keempat. |
Alhamdulillah..
Seminar
Akta Bayaran & Adjudikasi Industri Binaan (CIPAA) & Pengurusan Kontrak yang dijadualkan pada 23&24hb
April 2014 telah berjaya dilaksanakan. Seminar telah berlangsung di Bilik Seminar
CIDB Selangor. 42 peserta menghadiri seminar ini yang
terdiri dari berbagai latar belakang dan berbagai kelas dari G1 sehingga G7.
Terdapat beberapa
orang peserta yang telah mengikuti modul seminar
Peranan Pengurus Projek sebelum ini mengikuti seminar pada kali ini. Terdapat dua
orang peserta dari Langkawi dan empat orang peserta dari Perak turut menghadiri
seminar ini.
Tn Hj Ismail mengedarkan salinan akta CIPAA
dan pengumuman Menteri Kerjaraya & Pengarah Pusat Timbang Tara Serantau Kuala
Lumpur berhubung tarikh mula pelaksanaan akta CIPAA pada 15 hb April 2014.
Dengan berkuatkuasanya akta ini mana mana pertikaian yang
melibatkan bayaran pada dan selepas 15 hb April 2014 sudah boleh dibawa ke CIPAA.
Tidak tertakluk samada kontrak pembinaan itu dibuat sebelum atau selepas 15 hb April
2014.
Beberapa peserta kelihatan teruja dengan pengumuman ini dan mula bertanya berbagai soalan berkenaan masalah dan pertikaian
yang sedang mereka hadapi sekarang. Seminar kali
ini sangat meriah dengan soal jawab peserta.
Antara maklum balas
yang diterima dari peserta:-
“ .. mohon anjurkan seminar tajuk ini lagi..”
.. En Mohd Shamsi Bin Jamari ..peserta dari Perak
“ .. terima kasih kepada Penceramah Tn Hj Ismail B Omar yang
berpengalaman luas dalam bidang pembinaan. Penyampaian yang cemerlang”
..Tn Hj Amir
Sharifuddin ..Pengarah Urusan Adil Sepakat SdnBhd…
“ .. already very clear and good..”
.. Mrs Phang Phik Moi
..director Chujasa Engineering Sdn Bhd
“ .. penyampaian jelas dan mudah difahami..”
Anis Zulaikha Binti Abu
Bakar..wakil Stealth Solution Sdn Bhd..
No comments:
Post a Comment