Tuan Kontraktor yang dihormati!
Izinkan saya bertanya satu soalan. Adakah menjadi satu
kebiasaan didalam syarikat tuan, sebelum sesuatu projek dijalankan, Pengurus
Projek tuan akan tampil memberi taklimat kepada tuan tentang analisa dan
pengiraan keperluan buruh, bahan binaan, mesin dan aliran tunai yang diperlukan
oleh projek tersebut?
Jika tidak pernah, itu bermakna ada sedikit kekurangan dalam
cara kakitangan tuan menguruskan projek dan itu juga menjadi petanda bahawa pengurusan
projek tuan tidak mempunyai pengetahuan dan kepakaran yang cukup untuk membuat analisa
dan mengira keperluan buruh, bahan binaan, mesin dan aliran tunai untuk projek yang
mereka akan uruskan. Tanpa analisa dan pengiraan yang betul, pemerolehan buruh,
bahan binaan dan juga mesin akan dilakukan secara “ad hoc” sahaja dan ini pasti
akan membawa risiko pembaziran dan ketidakseimbangan didalam pemerolehan antara
bahan, buruh dan mesin ditapak. Selain itu, tanpa pengiraan bahan binaan, buruh
dan mesin yang betul, ia juga akan menyukarkan tuan untuk mengurus aliran tunai
projek dan syarikat. Kebolehan megadakan
bahan,buruh dan mesin yang mencukupi sangat bergantung kepada
alirantunai yang positif dan kegagalan menguruskannya menjadi antara punca utama
kegagalan pengurusan projek.
Memahami masalah ini, syarikat kami akan mengadakan satu seminar
bertajuk “Pengurusan Projek & Kewangan”. Didalam menjelaskan proses dan metodologi
pengurusan projek berdasarkan metodologi PMP, di sesi kedua dan ketiga seminar
ini kami akan secara khusus melatih para peserta yang terdiri dari Jurutera,
Jurukur Bahan dan Planner tentang cara cara membuat pengiraan buruh, bahan,
mesin dan kos untuk beberapa pakej kerja pembinaan bangunan dan jalanraya.
Pengiraan ini akan dibuat berdasarkan kepada ANGKATAP BURUH, ANGKATAP BAHAN
BINAAN & ANGKATAP MESIN (LABOUR, MATERIALS & MACHINERY COEFFICIENT)
yang telah digunapakai untuk sekian lama oleh Industri Binaan.
Harapan kami, semuga kehadiran kakitangan tuan ke seminar kami ini akan meningkatkan lagi kemahiran mereka didalam menguruskan projek projek tuan dimasa akan datang dan membawa keuntungan kepada syarikat. Nota yang lebih lengkap akan diberikan kepada peserta sehari sebelum seminar diadakan.
No comments:
Post a Comment