![]() |
En Musa - banyak melaksanakan kerja TNB |
![]() |
En Jamron - wakil syarikat pembekal perabot |
![]() |
En Zamri Jurukur Bahan berpengalaman dari Kitacon Sdn Bhd |
![]() |
En Firdaus - Jurutera Muda yang ditugaskan menyelia projek banglo yang tiap satunya berharga RM 5 juta. |
![]() |
En Maududi - namanya yang serupa dengan pejuang islam unggul mnejadi perhatian penceramah |
Alhamdulillah..
Seminar Akta Bayaran dan Pengurusan Kontrak di CIDB Selangor pada 27 & 28 hb Mei 2014 yang berlangsung selama dua hari baru baru ini berjalan dengan lancar.
Peserta terdiri daripada Jurutera dan Jurukur Bahan. Mereka begitu fokus dengan penyampaian daripada penceramah dan jelas sekali mereka mempunyai rasa minat untuk mengetahui dan mendalami dengan lebih lanjut berkenaan Akta CIPAA serta cara-cara pelaksanaan akta baru ini,
Mereka juga kerap bertanya dengan apa yang mereka kurang faham. Penyampaian secara interaktif juga menggunakan slaid yang berlangsung selama dua hari ternyata memberikan kesan yang memuaskan kepada peserta.
Selain mendapatkan Mata CCD, peserta juga malah mendapat ilmu ilmu pengurusan projek/kontrak yang sangat berguna daripada seorang penceramah yang berpengetahuan luas di dalam bidang ini. Peserta juga berpuas hati sebab dapat berkongsi ilmu daripada seorang yang sangat berpengalaman di mana ilmu itu boleh dimanfaatkan di masa masa akan datang.
No comments:
Post a Comment