Johor Bahru 29 & 30 April 2014

SEMINAR PERANAN & TANGGUNGJAWAB PENGURUS PROJEK DIBILIK SEMINAR CIDB JOHOR PADA 29 & 30HB APRIL 2014 ( 20 MATA CCD)
SEMINAR SEDANG BERLANGSUNG

KHUSYUK MENDENGAR

PENERANGAN TAJUK

 PENYAMPAIAN SIJIL

SENYUMAN MATA CCD


Alhamdulillah.. 

   Seminar Peranan & Tanggungjawab Pengurus Projek  pada 29 & 30 hb April 2014 telah berjaya diadakan di bilik seminar CIDB Johor. Seramai 24 orang peserta telah mengikuti seminar ini.
Bagi kebanyakan peserta tajuk ini begitu “refreshing” dan mendalamkan lagi pengetahuan mereka terhadap peranan & tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh seorang pengurus projek. 

   Kandungan seminar berkisar kepada perkara asas yang bersangkut paut dengan tafsiran maksud Pengurusan Projek mengikut metodologi PMP iaitu .. “APLIKASI ILMU, KEMAHIRAN, ALAT & TEKNIK TERHADAP AKTIVITI AKTIVITI PROJEK UNTUK MEMENUHI ATAU MENGATASI HARAPAN PELANGGAN”

   Peserta telah dijelaskan berhubung dengan jenis dan bentuk ilmu yang perlu dimiliki dan dikuasai oleh seorang pengurus projek. Selain ilmu seorang pengurus projek yang ingin berjaya juga perlu memiliki kemahiran yang berupa “soft skill” & “hard skill”. Faktor yang selalunya menentukan kejayaan dan kegagalan seseorang pengurus projek ialah kebolehan beliau menggunakan alat dan teknik yang sesuai dengan berkesan.

Kalau anda ingin menjadi pengurus projek yang Berjaya.. sila hubungi kami…

Antara maklum balas yang diterima dari peserta:-

“ .. seminar yang sangat baik. Tajuk sangat luas. Terbaiki..” 
.. En Hashim Bin Hj Mohamad (Pengarah Syarikat Tugas Utama Sdn Bhd)


“ .. perbanyakkan kursus seperti ini dalam masa akan datang..”
.. Mr Satwan Singh a/l Sarawan Singh” Jurutera Probase manufacturing


No comments:

Post a Comment