Johor 17 & 18 Jun 2014

SEMINAR CIPAA (AKTA BAYARAN DAN ADJUDIKASI INDUSTRI BINAAN) DI CIDB JOHOR PADA 17 & 18 HB JUN 2014 ( 20 MATA CCD)



Seminar Sedang Berjalan


Sesi Penerangan CIPAA



En saipulrijal wakil Majlis Perbandaran Kluang
Ms. Ng Pau Lian wakil Syarikat Jasa Raya Enterprise Sdn Bhd


En Jagathesan Pengurus Jesna Jaya Sdn Bhd


Tn Hj Ghazali Bin Abd Aziz - Jurutera Konsultan


En Abdul Rahim Zulkawi wakil Johor Land Berhad


En Kanesan wakil dari Pembinaan Titis Jaya


En Roslan Pengurus Projek Majidee (Holdings) Sdn Bhd



Alhamdulillah seminar Akta Bayaran & Adjudikasi Industri Binaan (CIPAA) yang dijadualkan pada 17 & 18 hb Jun 2014  di Bilik Seminar CIDB Johor telah berjalan lancar. Seramai 35 orang peserta telah mengikuti seminar ini termasuk wakil dari Jurutera Konsultan, wakil Majlis daerah Kluang, wakil dari Johor Land Berhad dan lain lain peserta dari berbagai syarikat kontraktor.

Tn Hj Ismail menjelaskan dengan panjang lebar tentang akta ini dan bagaimana ia boleh memberi manfaat kepada perniagaan para kontraktor. Namun begitu akta ini boleh juga memudaratkan jika sekiranya tidak menguruskan kontrak mereka dengan baik.

Para peserta telah diajar cara cara untuk membuat tuntutan (saman) melalui CIPAA secara step by step. Ini sangat penting kerana proses dan prosedur membuat tuntutan atau jawapan dibawah akta ini mesti dipatuhi sepenuhnya. Proses dan prosedur itu telah dimandatkan oleh undang undang.

Antara maklum balas yang diterima dari peserta:-

“….Terus memberikan seminar seperti ini (CIPAA)  kepada lebih ramai lagi syarikat kontraktor yang  terbeban mengenai kontrak…”
…..Mohd Yusri Bin Ismail -  Pengarah Syarikat Sungai Sejahtera Sdn Bhd…

“….Dengan menghadiri seminar seperti ini dapat membantu saya dalam menguruskan site dan pejabat dengan mudah dan teratur….”
…Bun On Pin – Site Supervisor Syarikat Pembinaan Titis Jaya…

“…Seminar ini perlu dihadiri oleh semua kontraktor demi kebaikan kontraktor…”
…Ayob Jaafar – Pengarah Syarikat Tunas Korporat…


No comments:

Post a Comment