NOTA SEMINAR PAM SUB-KONTRAK 2006 / 2018 – TUNTUTAN LOSS & EXPENSE DISEBABKAN OLEH LANJUTAN MASA (EOT).

Tahukah anda bahawa sebagai Nominated Sub-Kontractor (NSC) Klausa 22 Kontrak PAM Sub-Contract 2006 / PAM Sub-Contract 2018 membenarkan NSC untuk membuat tuntutan kewangan (loss and expense) jika sekiranya kemajuan kerja NSC telah terganggu akibat dari beberapa jenis halangan yang disebabkan oleh majikan, wakil majikan (Akitek & Konsultant) dan juga Kontraktor Utama (Main Contractor)?

Perbelanjaan tambahan (loss and expenses) ini adalah perbelanjaan yang telah syarikat anda belanjakan disebabkan oleh halangan halangan yang diluar jangkaan tersebut tetapi tidak boleh dibayar dibawah mana mana peruntukan kontrak yang lain melainkan dibawah Klausa 22.1 sahaja.

Apakah perbelanjaan yang boleh dituntut dibawah Klausa 22.1 ini?

Perbelanjaan ini melibatkan semua perbelanjaan yang ditanggung semasa tempoh kelambatan dan lanjutan masa (EOT) yang dibenarkan. Kos ini melibatkan kos ditapak termasuk gaji kakitangan tapak, sumbangan EPF dan SOCSO mereka, kos melanjutkan tempoh liputan Insuran dan Bon Pelaksanaan, bil utiliti dan lain lain kos pengurusan. Selain dari itu, sebahagian dari kos pengurusan ibupejabat juga boleh dituntut berdasarkan formula EMDEN.

Perbelanjaan ini menjadi lebih besar jika tempoh kelambatan dan lanjutan masa (EOT) makin panjang. Ada yang melibatkan nilai jutaan ringgit. Jadi, rugi kalau tidak menuntutnya kerana ia adalah wang yang telah anda belanjakan akibat dari kesilapan pihak lain.

Adakah syarikat anda pernah membuat tuntutan ini dan adakah tuntutan itu berjaya?.. Jika berjaya, TAHNIAH saya ucapkan, jika gagal .. pernah kah sesiapa memberitahu anda KENAPA?

Pengalaman saya sebagai Pengurus Projek yang telah berkecimpung didalam Industri Binaan selama lebih 39 tahun, menunjukkan hampir tiada NSC yang membuat tuntutan ini kerana ramai kakitangan NSC yang kurang faham tentang tuntutan ini dan peraturan peraturannya. Tuntutan “loss and expense” ini memerlukan kerjasama erat diantara Sub-Kontraktor (NSC) dan juga Kontraktor Utama. Kedua dua pihak akan mendapatnya kerana kelambatan dipihak NSC juga akan menyebabkan kelambatan dipihak Kontraktor Utama dan dengan itu Kontraktor Utama juga boleh menuntut “loss and expense” dipihak mereka.

Tahukah anda bila anda sebagai kakitangan ditapak projek gagal membuat tuntutan, anda telah gagal menjalankan tugas didalam menuntut hak yang disediakan oleh sub-kontrak kepada syarikat anda. Kegagalan anda bermakna syarikat anda gagal mendapatkan semula segala apa yang telah dibelanjakan disepanjang tempoh kelambatan dan lanjutan masa.

Syarikat boleh mengalami kerugian dan anda pula mungkin kehilangan pekerjaan.

Bagi pemilik syarikat pula, jika kakitangan anda GAGAL mendapatkan kembali wang yang telah anda belanjakan akibat dari kesilapan pihak lain semata mata disebabkan oleh ketidakfahaman mereka tentang proses dan prosedur tuntutan yang betul, maka itu adalah satu kerugian yang besar. Dengan sebab itu anda perlu memastikan setiap ahli pasukan anda menhadiri seminar ini bagi mengelakkan kerugian yang berterusan.

No comments:

Post a Comment