NOTA SEMINAR PAM 2006 / 2018 – TUNTUTAN LOSS & EXPENSE DISEBABKAN OLEH LANJUTAN MASA (EOT).

    Tahukah anda bahawa Klausa 24 Kontrak PAM 2006 / 2018 membenarkan kontraktor untuk membuat tuntutan kewangan (loss and expense) jika sekiranya kemajuan kerja kontraktor telah terganggu akibat dari beberapa jenis halangan yang disebabkan oleh majikan, wakilnya (Akitek & Konsultant) dan perkara perkara yang diluar jangkaan?

Perbelanjaan tambahan (loss and expenses) ini adalah perbelanjaan yang telah syarikat anda belanjakan disebabkan oleh halangan halangan yang diluar jangkaan tersebut tetapi tidak boleh dibayar dibawah mana mana peruntukan kontrak yang lain melainkan dibawah Klausa 24 PAM 2006 / 2018 sahaja.

Apakah perbelanjaan yang boleh dituntut dibawah klausa klausa ini?

Perbelanjaan ini melibatkan semua perbelanjaan yang ditanggung semasa tempoh kelambatan dan lanjutan masa (EOT) yang dibenarkan. Kos ini melibatkan kos ditapak termasuk gaji kakitangan tapak, sumbangan EPF dan SOCSO mereka, kos melanjutkan tempoh liputan Insuran dan Bon Pelaksanaan, bil utiliti dan lain lain kos pengurusan. Selain dari itu, sebahagian dari kos pengurusan ibupejabat juga boleh dituntut berdasarkan formula EMDEN.

Perbelanjaan ini menjadi lebih besar jika tempoh kelambatan dan lanjutan masa (EOT) makin panjang. Ada yang melibatkan nilai puluhan juta ringgit. Jadi, rugi kalau tidak menuntutnya kerana ia adalah wang yang telah anda belanjakan akibat dari kesilapan pihak lain.

Adakah syarikat anda pernah membuat tuntutan ini dan adakah tuntutan itu berjaya?.. Jika berjaya, TAHNIAH saya ucapkan, jika GAGAL .. pernah kah sesiapa memberitahu anda KENAPA?

Pengalaman saya sebagai Pengurus Projek yang telah berkecimpung didalam Industri Binaan selama lebih 38 tahun, menunjukkan sangat sedikit kontraktor yang berjaya membuat tuntutan ini kerana ramai dikalangan kontraktor yang kurang faham tentang peraturan membuat tuntutan dengan betul.

Perlu difahami bahawa majikan sebenarnya tidak mahu membayar kos yang telah anda sebagai kontraktor dan sub-kontraktor belanjakan. Akan tetapi berdasarkan prinsip yang didasari oleh akta kontrak 1950, mereka terpaksa membayarnya. Justru itu, didalam usaha untuk mengelakkan pembayaran, mereka meletakkan syarat yang ketat yang mesti dipatuhi oleh kontraktor dan sub-kontraktor yang ingin membuat tuntutan. Sedikit ketidak patuhan akan menyebabkan tuntutan kontraktor menjadi tidak sah dari sudut kontrak dan juga undang undang.

Tahukah anda bila anda sebagai ahli pasukan projek gagal membuat tuntutan, anda telah gagal menjalankan tugas didalam menuntut hak yang disediakan oleh kontrak kepada syarikat anda. Kegagalan anda bermakna syarikat anda gagal mendapatkan semula segala apa yang telah dibelanjakan disepanjang tempoh kelambatan dan lanjutan masa.

Syarikat boleh mengalami kerugian dan anda pula mungkin kehilangan pekerjaan.

Seminar yang kami adakan ini bertujuan untuk menanam kesedaran kepada pemain industry terutamanya Pengurus Projek, Jurukur Bahan dan Penyelia Projek bahawa mereka bertanggungjawab untuk membuat apa sahaja tuntutan yang dibolehkan oleh kontrak. Ini bagi membolehkan syarikat anda mendapatkan kembali wang yang telah dibelanjakan akibat dari kesilapan pihak lain.

No comments:

Post a Comment