22 & 23 Mei 2014 Melaka

KURSUS MATA CCD ( 20 MATA)
AKTA BAYARAN & ADJUDIKASI INDUSTRI BINAAN PADA 22 & 23 HB MEI 2014.



Anda kontraktor dan selalu dibuli oleh majikan.. anda telah diarahkan untuk melaksanakan kerja V.O .. dan anda melaksanakannya seperti yang diarahkan.. anda telah menanggung kos bahan mentah, mesin dan buruh.. semuanya telah anda bayar tetapi kadar harga V.O anda masih belum diputuskan.. anda masih belum dapat bayaran.. aliran tunai anda terganggu dan anda berhutang… sukar bagi anda untuk melaksanakan projek baru..

Ketahuilah bahawa sekarang ini anda tidak perlu lagi menjalani situasi seperti diatas.. undang undang baru yang mula berkuatkuasa pada 15 hb April 2014 yang lepas menghendaki supaya semua V.O dibayar mengikut kemajuan kerja.. ia terpakai untuk projek kerajaan dan swasta… pihak yang tidak mematuhinya boleh dihukum dibawah undang undang ini…


HUBUNGI KAMI UNTUK KETERANGAN LANJUT…
 019 303 6869 
(HJ ISMAIL OMAR – CERTIFIED ADJUDICATOR)

19 & 20 Mei 2014 Johor




5 & 6 Mei 2014 Selangor

KURSUS MATA CCD ( 20 MATA)

AKTA BAYARAN & ADJUDIKASI INDUSTRI BINAAN PADA 5 &6 HB MEI 2014.


Anda kontraktor dan pernah tertipu sebelum ini kerana ada pihak yang tidak membayar perkhidmatan anda.. Anda marah tetapi tidak tahu apa tindakan yang perlu diambil.. Dan masa berlalu.. anda masih terkenangkan dan masih mengingati bayaran yang tidak kunjung tiba itu.. Hmmm..tiada harapan.. Kerana pihak yang tidak membayar itu seolah olah telah terlupa bahawa dia masih berhutang dengan anda… anda geram dan berharap disuatu hari nanti anda akan dapat membalas kezaliman yang ditimpakan pada anda.. Kini doa anda MUNGKIN telah termakbul.. Suatu akta untuk menolong mangsa yang teraniaya seperti anda telah diluluskan oleh parlimen dan telah dikuatkuasakan mulai 15 April 2014.. Meskipun anda tidak boleh menuntut hutang terdahulu tetapi anda tidak akan dizalimi lagi.. Jom!! Hadir ke seminar kami .. Akta bayaran ini untuk anda dan anda perlu memahaminya supaya anda boleh segera membawa manusia zalim dan tidak bertanggungjawab ini kemuka pengadilan..
Seminar akan diadakan di bilik seminar CIDB SELANGOR dikendalikan oleh Adjudikator Bertauliah.. Seminar bermula pukul 9 pagi dan berakhir pada 4:45 petang selama dua hari..

8 & 9 Mei 2014 Seremban

KURSUS MATA CCD ( 20 MATA)
AKTA BAYARAN & ADJUDIKASI INDUSTRI BINAAN PADA 8 & 9 HB MEI 2014.





Anda kontraktor dan pernah dibuli oleh majikan?? 
bayaran akhir (final account) projek anda lambat dibayar??  
V.O anda yang telah lama disiapkan juga masih belum dibayar..??

beberapa perbincangan dengan pegawai terbabit tetapi masih belum ada kepastian bila bayaran akan diterima.. modal anda tersangkut..

Kini masalah mungkin ada penyelesaiannya.. Suatu akta untuk kontraktor yang berdepan dengan masalah seperti anda telah diluluskan oleh parlimen dan telah berkuatkuasa mulai 15 April 2014.. gi.. Jom!! Hadir ke seminar kami .. Akta bayaran ini untuk anda dan anda perlu memahaminya supaya anda boleh segera menyelesaikan kemelut aliran tunai perniagaan anda..

Seminar akan diadakan di bilik kuliah PUSAT USAHAWAN MARA SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN &  dikendalikan oleh Hj Ismail Omar (Adjudikator Bertauliah dengan pusat timbangtara Serantau Kuala Lumpur).. Seminar bermula pukul 9 pagi dan berakhir pada 4:45 petang selama dua hari..

Selangor 23 & 24 April 2014

SEMINAR CIPAA (AKTA BAYARAN & ADJUDIKASI INDUSTRI BINAAN )& PENGURUSAN KONTRAK DI BILIK SEMINAR CIDB SELANGOR PADA 23  & 24 HB APRIL 2014 ( 20 MATA CCD)

 seminar sedang berlangsung 

 penyampaian berkesan

 perbincangan senario & realiti pembinaan

khusyuk mendengar seminar

Dr Chu Tay - Pengarah Urusan Chujasa Engineering Sdn Bhd

En Nawab dari Langkawi (Malaysian Indian Muslim Of Chamber Of Commerce & Industry)

Tn Hj Amir (Pengarah Urusan Adil Sepakat Sdn Bhd ).. dari Ipoh

En Shahrol Adnan wakil dari Majlis Daerah Kuala Selangor

Tn Hj Amat ( telah menghadiri seminar anjuran kami untuk kali keempat)

 En Kamsadon ..Pengarah Kasad Murni (M) Sdn Bhd - juga telah menghadiri seminar anjuran kami buat kali yg keempat.


Alhamdulillah.. 

   Seminar Akta Bayaran & Adjudikasi Industri Binaan (CIPAA) & Pengurusan Kontrak yang dijadualkan pada 23&24hb April 2014 telah berjaya dilaksanakan. Seminar telah berlangsung di Bilik Seminar CIDB Selangor. 42 peserta menghadiri seminar ini yang terdiri dari berbagai latar belakang dan berbagai kelas dari G1 sehingga G7. 

  Terdapat beberapa orang peserta yang telah mengikuti modul seminar Peranan Pengurus Projek sebelum ini mengikuti seminar pada kali ini. Terdapat dua orang peserta dari Langkawi dan empat orang peserta dari Perak turut menghadiri seminar ini.

   Tn Hj Ismail mengedarkan salinan akta CIPAA dan pengumuman Menteri Kerjaraya & Pengarah Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur berhubung tarikh mula pelaksanaan akta CIPAA pada 15 hb April 2014.
   Dengan berkuatkuasanya akta ini mana mana pertikaian yang melibatkan bayaran pada dan selepas 15 hb April 2014 sudah boleh dibawa ke CIPAA. Tidak tertakluk samada kontrak pembinaan itu dibuat sebelum atau selepas 15 hb April 2014.
Beberapa peserta kelihatan teruja dengan pengumuman ini dan mula bertanya berbagai soalan berkenaan masalah dan pertikaian yang sedang mereka hadapi sekarang. Seminar kali ini sangat meriah dengan soal jawab peserta.


Antara maklum balas yang diterima dari peserta:-

“ .. mohon anjurkan seminar tajuk ini lagi..” 
.. En Mohd Shamsi Bin Jamari  ..peserta dari Perak

“ .. terima kasih kepada Penceramah Tn Hj Ismail B Omar yang berpengalaman luas dalam bidang pembinaan. Penyampaian yang cemerlang”
..Tn Hj Amir Sharifuddin ..Pengarah Urusan Adil Sepakat SdnBhd…

“ .. already very clear and good..” 
.. Mrs Phang Phik Moi ..director Chujasa Engineering Sdn Bhd

“ .. penyampaian jelas dan mudah difahami..”
 Anis Zulaikha Binti Abu Bakar..wakil Stealth Solution Sdn Bhd..


Perbezaan Cipaa & Timbang Tara

PERBEZAAN CIPAA & TIMBANGTARA & MAHKAMAH

   CIPAA, Timbang tara dan Litigasi Mahkamah adalah jenis jenis ‘penyelesaian pertikaian’ yang diiktiraf dari segi undang undang. Namun begitu dari segi proses dan prosedurnya agak berbeza. Proses dan prosedur adjudikasi dibawah CIPAA telah dimandatkan oleh undang undang. Masa adalah menjadi intipati (time is the essence) dibawah CIPAA berbanding timbangtara dan mahkamah. Setiap proses dibawah CIPAA, masanya telah ditetapkan oleh akta. Kegagalan mematuhi prosedur dan had masa yang ditetapkan boleh menjejaskan peluang pihakpihak yang bertikai.

   Selain itu, pertikaian dibawah kontrak bertulis kini boleh dibawa segera ke pengadilan CIPAA oleh pihak kontraktor tanpa menunggu projek tamat atau kontrak ditamatkan sepertimana. Ini berbeza dengan proses timbang tara atau mahkamah dimana pihak yang bertikai hanya boleh membawa pertikaian itu selepas projek disiapkan atau selepas kontrak ditamatkan.

  Proses adjudikasi akan terus dimulakan bilamana pihak kontraktor merasa terkilan dan mengambil tindakan memulakannya sesudah berlaku pertikaian. Keputusan akan dikeluarkan dalam tempoh yang singkat dimana adjudikator mempunyai masa maksimum 45 hari bekerja untuk mengeluarkan keputusan bertulis. Dijangkakan untuk kes yang lebih mudah keputusan akan dikeluarkan lebih awal bergantung kepada budi bicara adjudikator.

  Pihak yang menang mempunyai beberapa remedi untuk dilaksanakan terhadap kerajaan. Antaranya ialah beliau boleh memperlahan dan memberhentikan kerja sehingga bayaran yang dipertikaikan itu diterima. Beliau juga boleh menuntut bayaran terus dari principal. Berbekalkan keputusan adjudikasi pemenang juga boleh mendapatkan perintah mahkamah keatas pihak yang kalah. Pihak yang kalah pula dikehendaki menanggung keseluruhan kos prosiding adjudikasi, kos penyediaan tuntutan oleh pihak kontraktor dan faedah untuk bayaran tertunggak.


MINDA WIBAWA RESOURCES
HJ ISMAIL BIN OMAR

(ADJUDIKATOR BERTAULIAH)

Cipaa & Borang Kontrak

CIPAA DAN BORANG KONTRAK


   Jabatan Kerajaan yang sedang menggunakan borang kontrak seragam PWD 203 pind 1 (2010) perlu memahami bahawa terdapat terma terma didalam kontrak tersebut yang tidak bersesuaian dengan CIPAA. Sekiranya tidak dipinda maka jabatan dan pegawai yang menjaga projek akan terdedah kepada tuntutan saman dibawah CIPAA. Justru itu ia perlu di pinda dengan seberapa segera.

    Pegawai pegawai yang bertanggungjawab menyediakan dokumen kontrak yang terdiri daripada Jurukur Bahan dan Jurutera wajib menghadiri seminar yang berkaitan dengan akta ini.Klausa 28 dan 31 terutamanya memerlukan pindaan.

MINDA WIBAWA RESOURCES
HJ ISMAIL BIN OMAR

(ADJUDIKATOR BERTAULIAH)

Cipaa & Lanjutan Masa

CIPAA  & LANJUTAN MASA

   Didalam hal yang berkaitan dengan lanjutan masa (EOT) sekiranya kerja telah terlambat dan kontraktor memohon lanjutan masa dan pegawai penguasa pula tidak melayan permohonan EOT tersebut mengikut lunas lunas keadilan maka kontraktor juga boleh mengambil tindakan adjudikasi terhadap kerajaan bilamana kerajaan mula membuat tuntutan gantirugi kerja tidak siap (LAD). Mengambil kira akta ini Pegawai Penguasa perlu membuat pertimbangan yang sistematik untuk menilai setiap permohonan lanjutan masa dari kontraktor. 

   Keputusan yang bersifat “impressionistic” boleh dibawa kepengadilan adjudikasi sekiranya kontraktor tidak berpuas hati. Di sana pengadilan adjudikasi berkemungkinan akan meminta Pegawai penguasa membuktikan keputusan beliau mengikut kaedah penilaian yang sistematik dan munasabah mengikut lunas lunas kontrak dan piawaian industri. Sekiranya gagal maka kerajaan mungkin kalah dan menanggung kos tambahan yang juga tiada didalam bajet asal yang berupa kos prosiding adjudikasi, kos penyediaan tuntutan oleh kontraktor dan lain lain kos yang dibenarkan untuk dituntut dibawah akta ini.


 MINDA WIBAWA RESOURCES
 HJ ISMAIL BIN OMAR

(ADJUDIKATOR BERTAULIAH)

KURSUS KONTRAKTOR



                                                 
                                                 
                                               MAKLUMAT SYARIKAT


   Nama Syarikat
:
MINDA WIBAWA RESOURCES



 Nombor Pendaftaran
:
SA0270057-M



 Alamat surat Menyurat
:
Minda Wibawa Resources
No. 12A, Jalan Jinjang 27 / 54,
Taman Alam Megah, Seksyen 27
40400 Shah Alam
Selangor
   


Tel / Faks
:  
03-5101 9151 / 03-5103 9151 / 0183828782

E mail
:



Akaun Bank
:
CIMB BANK  1233-0000-554-107
CIMB Online Bankin 8600-677-133


PENGENALAN


Minda Wibawa Resources ditubuhkan pada 26hb Ogos 2013 dengan misi asal untuk membantu meningkatkan kecekapan dan daya saing usahawan bumiputera (kontraktor & pembekal) dan   professional bumiputera melalui program latihan, seminar dan khidmat perundingan.
Minda Wibawa Resources diperingkat awal penubuhannya menggabungkan pengalaman dan kepakaran dua orang professional bumiputera yang berpengalaman luas dibidang kejuruteraan dan pengurusan projek. Selepas dua tahun penubuhannya Minda Wibawa Resources telah berkembang dengan menggabungkan lapan(8) professional bumiputera dan bukan bumiputera yang berpengalaman yang berkaliber dibidang pembinaan dan perniagaan. Mereka terdiri daripada beberapa orang Pengurus Projek Professional yang telah mendapat akreditasi antarabangsa dan telah menyiapkan beberapa projek berskala “mega” diperingkat nasional dan atarabangsa. Pengalaman mereka meliputi perkhidmatan disektor kerajaan dan disektor korporat samada diperingkat nasional ataupun diperingkat antarabangsa.
Mereka kini ingin berkongsi pengalaman untuk meningkatkan daya saing syarikat untuk terus kukuh memberikan perkhidmatan yang lebih professional kepada badan korporat dan kerajaan.
Mereka adalah:

1)      Haji Ismail Bin Omar
2)      Haji Ibrahim Bin Abdul Rahman
3)      Haji Mohd Subuki Bin Fadzil
4)      Haji Borhan Bin Kamisan
5)      Haji Shamsudin Bin Sulaiman
6)      En Khairul Hisham Bin Daud
7)      En Hong Kit Leong
8)      Pn Zakiah Binti Tahir


9)      En Kamil Bin Musa


VISI
Minda Wibawa Resources mempunyai Visi untuk menjadi antara peyedia perkhidmatan latihan dan Perunding Pengurusan Projek yang unggul kepada pemain pemain industri binaan yang terdiri daripada syarikat koporat dan juga agensi serta jabatan kerajaan menjelang 2020.

MISI
Minda Wibawa Resources mempunyai misi untuk menyumbang dan membantu pemain pemain Industri Binaan Malaysia meningkatkan daya saing mereka seperti yang dihasratkan didalam Pelan Pembangunan Industri Binaan Malaysia (Construction Industry Master Plan 2006 – 2015) melalui usaha peningkatan ilmu Pengurusan Projek yang berterusan dikalangan personal binaan.

STRATEGI
Bagi mencapai VISI & MISI syarikat,  Minda Wibawa Resources menumpukan khidmat latihan, Seminar, Kursus dan Perundingan didalam bidang bidang yang menjadi teras utama didalam pelaksanaan projek pembinaan. Kapasiti dan daya saing kontraktor khususnya dan industri binaan negara perlu ditingkatkan melalui proses pembelajaran yang berterusan untuk menguasai ilmu Pengurusan Projek yang turut merangkumi Pengurusan Kontrak, Pengurusan Tuntutan & Penyelesaian Pertikaian, Penyediaan Pelan Perancangan Projek, Penyediaan “Work Program” dan Pengurusan “human resource”. Selaras dengan itu Minda Wibawa Resources memberi tumpuan terhadap Latihan, Seminar dan khidmat Perunding dibidang:-
1)      Pengurusan projek  berdasarkan metodologi “Project Management Institute” USA
2)      Pengurusan dan Pentadbiran Kontrak berdasarkan borang kontrak piawai PWD 203, PAM 2006, IEM.CE 2011.
3)      Pengurusan penyelesaian pertikaian berdasarkan kepada undang undang baru (CIPAA 2012)
4)      Penyediaan Pelan Pengurusan Projek (Project management Plan) yang komprehensif dan praktikal mengikut metodologi “Project Management Institute” USA.
5)      Pemantauan & Pengawalan Projek bagi pihak “project funder”
6)      Penyediaan “work program” menggunakan aplikasi “Microsoft Project”
7)      “Business Coaching” untuk kontraktor kecil
8)      Motivasi & Integriti

Penyataan masalah serta modul latihan dan seminar mengambil kira keadaan semasa yang melanda  industri binaan negara. Seminar dan latihan akan diadakan secara berkala diseluruh semenanjung agar dapat mencapai kumpulan sasar yang lebih besar.
Selain dari seminar dan latihan, kami juga menyediakan khidmat juru runding pengurusan projek, pengurusan kontrak dan sebagai penasihat CIPAA 2012 kepada pihak pihak yang bermasalah dan berminat menggunakan perkhidmatan kami.

PELANGGAN
1         1)Badan Koporat dan Kontraktor Kecil

 2)  Agensi Kerajaan (Majlis Daerah & Perbadanan Kemajuan Negeri, PRIMA)

 3) Jabatan Kerajaan (JKR, JPS, JPN)

 4)  Pemaju Perumahan

 5) Bank & Institusi Kewangan