Seremban 20 Feb 2014

                      CIPAA (AKTA BAYARAN DAN ADJUDIKASI INDUSTRI BINAAN) ( 10 MATA CCD)


CIK PREMA (MENGHADIRI SEMINAR SEBANYAK 2 KALI DI SEREMBAN)

EN MOHD ZULNIZAM WAKIL DARI PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN

SEMINAR SEDANG BERJALAN 

SEMINAR SEDANG BERJALAN 


Alhamdulillah...

   Seminar Akta Bayaran & Adjudikasi Industri Binaan (CIPAA) yang dijadualkan pada 20 hb Februari 2014 telah berjalan dengan sempurna. Seminar diadakan di Bilik Kuliah Pusat Usahawan Mara Seremban. Peserta terdiri dari kalangan kontraktor bumiputera & bukan bumiputera yang datang dari berbagai kelas dari G1 sehingga G7. Terdapat juga dua orang peserta dari Majlis Perbandaran Port Dickson dan seorang Jurutera mewakili Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan.

   Seminar telah dimulakan dengan bacaan doa. Selaku seorang Adjudikator bertauliah Tn Hj Ismail telah menjawab segala persoalan yang dikemukan oleh para peserta. Mereka kelihatan begitu berminat dan teruja dengan akta CIPAA ini. Akta ini menyediakan mekanisma adjudikasi untuk mengadili sebarang pertikaian yang melibatkan “payment” dikalangan pihak berkontrak. Keseluruhan masa yang diambil untuk mendapatkan penghakiman ialah tidak melebihi tiga setengah  (3½) bulan.

   Para kontraktor boleh menarik nafas lega kerana mereka tidak akan dibuli lagi. Bayaran projek akan di dapati secara tetap dan tepat pada masanya. Sekiranya bayaran masih tidak diterima selepas keputusan dikeluarkan akta ini membenarkan tuntutan dibuat terus kepada pihak prinsipal. Akta ini juga membenarkan pihak yang tidak dibayar untuk memperlahan atau memberhentikan kerja sehingga bayaran diterima. 

   Sekiranya masih tidak mendapat bayaran maka tindakan mahkamah boleh diambil untuk memufliskan pihak yang tidak membayar.

Antara maklum balas yang diterima dari peserta:-

“.. tempoh masa perlu ditambah dan penyampaian amat menarik..”
.. Cik Nurul Asma binti Normazlan .. wakil E&T Teguh Enterprise..

“.. jelas dan berkesan..” 
..Cik Nor Halizah Bt Jamaludin .. wakil dari Junjung Kemenangan Enterprise

“ .. mendapat pengetahuan asas dan perlu pembacaan semula untuk lebih memahami..” 
En Muhammad Zulnizam B Che man.. wakil dari Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment