Nota Untuk Kontraktor


NOTA AKTA BAYARAN


Satu undang-undang baru yang nama singkatannya CIPAA 2012 telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia dan telah mula beroperasi pada 15hb April 2014 yang lalu. Undang-undang ini bertujuan untuk memberi keadilan yang segera di dalam menangani pertikaian berhubung pembayaran di dalami ndustri pembinaan melalui satu mekanisma yang dipanggil “adjudikasi”. 

Selain dari prosesnya yang mudah, murah dan cepat, keputusan adjudikasi mengikat kedua dua pihak secara undang-undang.

Kini, pemain-pemain industri binaan terutamanya mereka yang berkontrak dilapisan bawah seperti Kontraktor, Subkontraktor dan Pembekal sudah boleh menarik nafas lega kerana bayaran untuk kerja yang telah mereka laksanakan mengikut perjanjian kontrak akan lebih terjamin dan akan diperolehi mengikut terma kontrak yang ditandatangani. Malah bayaran yang masih tertunggak untuk projek-projek yang lepas juga sudah boleh dituntut dibawah akta ini. Mana-mana bayaran seperti “ final account” yang telah melebihi tempoh yang ditetapkan oleh kontrak dan “wangtahanan” sudah boleh mula dituntut melalui akta ini.
Untuk membuat tuntutan kontraktor mestilah memastikan mereka pertama tamanya mempunyai kontrak yang bertulis. 

Seterusnya mereka mestilah mempunyai dokumen sokongan untuk membuat tuntutan. Mereka juga mesti boleh membuktikan sebab-sebab tuntutan dibuat mengikut peruntukan kontrak dan peruntukan dibawah akta ini.
Proses dan prosedur tuntutan ini mudah dan ringkas dan boleh dilakukan sendiri oleh kontraktor tanpa melalui peguam.Keseluruhan proses adjudikasi dibawah CIPAA akan mengambil masa lebih kurang tiga bulan. Untuk kes yang lebih simpel keputusan adjudikasi akan mengambil masa lebih singkat.
Proses dan prosedur tuntutan dimandatkan oleh undang-undang dan mestilah mematuhi kehendak akta ini. Untuk memahami bagaimana tuntutan dibawah akta ini boleh dibuat sila hadiri seminar-seminar kami diatas tajuk akta bayaran dan adjudikasi industri binaan dan pengurusan kontrak. Keterangan lanjut sila hubungi MindaWibawa Resources melalui tel 03-51019151 / Hj Ismail Omar 019-3036869.
INFO RINGKAS TENTANG AKTA PEMBAYARAN & ADJUDIKASI INDUSTRI BINAAN (CIPAA)


1.        AKTA CIPAA TELAH DILULUSKAN OLEH PARLIMEN & TELAH MULA BEROPERASI PADA 15 APRIL 2014

2.        AKTA INI BERSIFAT RETROSPEKTIF DIMANA KES TERDAHULU (TERTAKLUK KEPADA AKTA HAD MASA) MASIH BOLEH DIRUJUK KEPADA AKTA INI

3.        MATLAMATNYA IALAH UNTUK MEMASTIKAN KECEKAPAN ALIRANTUNAI INDUSTRI BINAAN NEGARA

4.        CIPAA ADALAH SATU BENTUK PENYELESAIAN PERTIKAIAN ALTERNATIF YANG MENGGUNAKAN PROSES ADJUDIKASI

5.        PROSES ADJUDIKASI LEBIH CEPAT, MUDAH & MURAH BERBANDING TIMBANGTARA & MAHKAMAH. JUSTRU ITU IA AKAN MENJADI PILIHAN UTAMA DIDALAM MENYELESAIKAN PERTIKAIAN.

6.        BERBEZA DENGAN PROSES TIMBANGTARA ATAU MAHKAMAH AKTA CIPAA BOLEH DIGUNAKAN BILAMANA WUJUD PERTIKAIAN (BILA BILA MASA SAHAJA) TANPA PERLU MENUNGGU KONTRAK DITAMATKAN ATAU DISIAPKAN

7.        PROSES & PROSEDURNYA DITETAPKAN OLEH UNDANG UNDANG

8.        KEPUTUSAN ADJUDIKATOR MENGIKAT KEDUA DUA PIHAK YANG BERTIKAI SECARA UNDANG UNDANG& SECARA INTERIM

9.        KEPUTUSAN ADJUDIKATOR BOLEH DIKUATKUASAKAN MENGIKUT PERUNTUKAN UNDANG UNDANG DIBAWAH AKTA.

10.     CIPAA MENGATASI TERMA DIDALAM MANA MANA KONTRAK BINAAN

11.     TIADA PELUANG UNTUK BERKONTRAK DILUAR CIPAA

12.     CIPAA MELARANG & MEMBATALKAN “PEMBAYARAN BERSYARAT” (BACK TO BACK PAYMENT, PAY IF PAID, PAY WHEN DRAWDOWN)

13.     CIPAA MENGGALAKKAN PROFESSIONALISM DIKALANGAN PEMAIN INDUSTRI

14.     REMEDI KEPADA PEMENANG –

       BOLEH MEMPERLAHAN / MEMBERHENTIKAN KERJA
       BOLEH MENUNTUT BAYARAN TERADJUDIKASI TERUS DARI PRINSIPAL
       BOLEH MENDAPATKAN PERINTAH MAHKAMAH

               15.      TANGGUNGAN YANG KALAH

       BAYAR AMAUN TERADJUDIKASI
       BAYAR FAEDAH
       BAYAR KOS ADJUDIKASI
       BAYAR KOS PENYEDIAAN TUNTUTAN KEPADA PENUNTUT

   MINDA WIBWA RESOURCES
   HJ ISMAIL BIN OMAR

  (ADJUDIKATOR BERTAULIAH)

No comments:

Post a Comment