Selangor 11 Feb 2014

     CIPAA (AKTA BAYARAN DAN ADJUDIKASI INDUSTRI BINAAN) 

Alhamdulillah..

   Seminar Akta Bayaran & Adjudikasi Industri Binaan (CIPAA) yang dijadualkan pada 11 hb Februari 2014 di Bilik Seminar CIDB Selangor telah berjalan lancar. Terdapat seorang peserta mewakili Majlis Perbandaran Sepang untuk memahami akta CIPAA.

   Para peserta begitu berminat mendengar penjelasan dari Tn Hj Ismail Omar selaku penceramah. Para peserta bertukar pengalaman berhubung pengalaman tertipu berhubung bayaran. Rata-rata mereka menyatakan mereka begitu menunggu nunggu penguatkuasaan akta ini. 

   Tn Hj Ismail menjelaskan untuk membolehkan pihak yang tidak dibayar membuat tuntutan dibawah CIPAA, pihak yang tidak dibayar itu mestilah mempunyai kontrak pembinaan yang bertulis. Selain dari itu beliau juga mesti memastikan beliau telah mematuhi peruntukan peruntukan didalam kontrak.

   Para peserta telah diajar cara cara untuk membuat tuntutan (saman) melalui CIPAA secara step by step. Ini sangat penting kerana proses dan prosedur membuat tuntutan atau jawapan dibawah akta ini mesti dipatuhi sepenuhnya. Proses dan prosedur itu telah dimandatkan oleh undang undang.

   Antara maklum balas yang diterima dari peserta:-

“  baik.. perlu diteruskan ..” En Ahmad Hamidi Shafii.. Pengarah Urusan AHS Engineering S/B

“.. CIPAA masih belum boleh digunakan.. teapi seminar ini membantu kefahaman saya..”
 Puan Hjh Hendon Hj Anwar.. Pengarah Greenat S/B

“ .. untuk lebih memahami .. sebaik baiknya seminar ini diadakan selama dua hari..” 
.. En Syukur Bin Hamzah.. Pengarah Urusan Damaitara S/B.

No comments:

Post a Comment