Melaka 25 Feb 2014

                                        PENGURUSAN PROJEK METODOLOGI PMP (10 MATA CCD)


CIK WENDY NG (WAKIL SRI BUILDING CONSTRUCTION)

EN HARMIDI MOHD ALI ( WAKIL ARRATAZ DEVELOPMENT)

GAMBAR BERSAMA PESERTA SEMINAR


Alhamdulillah...

   Seminar  Pengurusan Projek Metodologi PMP yang di jadualkan pada 25 hb Februari 2014 telah berjalan dengan lancar. Seminar telah berlangsung di Bilik Seminar CIDB Melaka. Peserta terdiri dari kalangan kontraktor bumiputera & bukan bumiputera yang datang dari Melaka dan Negeri Sembilan.

   Hampir kesemua kontraktor tidak pernah mendengar tentang metodologi PMP. Peserta juga didapati tidak mempunyai apa apa teknik untuk menguruskan projek mereka. Pengurusan projek dilakukan secara ad hoc dengan cara menyelesaikan apa sahaja masalah yang mendatang.

   Pada kebanyakan peserta, perancangan projek dibuat diperingkat awal projek. Perancangan ini tidak menyeluruh dan selalunya tidak akan digunakan setelah beberapa ketika projek berjalan. Projek kerapkali menghadapi masalah kewangan, kelewatan dan kualiti. Penyelesaian selalunya di buat dengan cara “ kow tim” pegawai yang menjaga projek

   Penceramah Tn Hj Ismail Omar menasihatkan peserta untuk jangka masa panjang mereka mesti menguruskan projek mereka secara berstruktur. Apabila pengurusan projek mempunyai struktur maka ia lebih mudah untuk difahami dan diikuti oleh seluruh ahli pasukan. Beliau kemudiannya menerangkan konsep pengurusan mengikut metodologi PMP. Beliau menerangkannya dalam bahasa & cara yang mudah difahami oleh peserta.

Antara maklum balas yang diterima dari peserta:-

“.. ia yang terbaik… “  En Yazed A Rasip .. wakil  Dynarex Sdn Bhd

“ .. overall it’s a very good seminar..” 
Ms Wendy Ng Yean See .. wakil Sri Building Construction S/B

“ ..kursus ini sangat baik dan harus diteruskan supaya dapat melahirkan individu yang lebih cemerlang …” 
En Harmidi Bin Ali.. Jurutera Arataz Development Sdn Bhd.

“.. fasilitator yang ceria dan berpengalaman..”
               Shahadatul Akmar Bin Basir..wakil Staccato Tech S/B

No comments:

Post a Comment