SEMINAR PERANAN & TANGGUNGJAWAB PENGURUS PROJEK (20 MATA CCD)
![]() |
BERGAMBAR KENANGAN |
![]() |
PESERTA MENYEMAK SIJIL KEHADIRAN MASING MASING |
![]() |
PESERTA FOKUS KETIKA SEMINAR |
![]() |
TN HJ ISMAIL PENCERAMAH SEMINAR |
![]() |
SEMINAR SEDANG BERJALAN |
Alhamdulillah...
Seminar Peranan & Tanggungjawab Pengurus
projek yang dijadualkan pada 18 & 19 hb Mac 2014 telah berjalan dengan
lancar. Seminar telah berlangsung di Bilik Seminar PKNS Biz Point. Seramai 27
orang peserta telah menghadiri seminar tersebut yang terdiri dari kontraktor
bumiputera & bukan bumiputera. Mereka juga terdiri dari berbagai kelas
kontraktor dari G1 sehingga G7.
Terdapat empat orang peserta yang mewakili Ranhill
Water Services Sdn Bhd dua orang wakil dari Majlis Perbandaran Sepang, dua
orang wakil dari Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) dan seorang dari
syarikat Pemaju Perumahan.
Peserta di dedahkan dengan konsep pengurusan projek. Konsep
ini berdasarkan kepada metodologi yang dibangunkan oleh “ Project Management
Institute – USA (PMI)” . Sebagai seorang Pengurus Projek professional yang
bertauliah dengan PMI Tn Hj Ismail telah menerangkan konsep ini dengan begitu
mudah.
Para peserta kelihatan seronok mendengar ceramah beliau yang mana telah
membetulkan banyak mitos dan kesalah fahaman didalam pengurusan projek.
Pengurusan projek adalah sains dan seni yang sememangnya
boleh dipelajari. Ia perlu diamalkan supaya projek boleh dilaksanakan dengan
berkesan. Antara peranan Pengurus Projek yang utama juga ialah berhubung
pentadbiran kontrak. Perkara ini juga telah di bincangkan berdasarkan syarat
syarat kontrak yang terkandung didalam borang kontrak JKR siri 203 & PAM
2006
Beberapa orang peserta termasuk seorang yang memiliki ijazah
PhD berhasrat untuk mengikuti seminar anjuran kami yang seterusnya. Manakala
wakil PKNM menyatakan hasrat untuk mengadakan seminar khusus untuk kakitangan
PKNM.
Antara maklum balas
yang diterima dari peserta:-
“ Sangat Baik.. Pembelajaran dengan lebih berilmiah selain dari
pengalaman yang didapati dalam kerja harian “
… En Azharudin Mohd Yamin – Ranhill Water Services S/B
“ .. Ya .. memahami tajuk yang dibentangkan sepenuhnya…”
… Mr Chan Kuan
Thye LTI Engineering
No comments:
Post a Comment