CIPAA & VARIATION ORDER
Proses membuat bayaran untuk kerja kerja
perubahan (Variation Order) mengikut akta ini mesti dibayar secara progresif
mengikut sijil bayaran interim. Penilaian kerja mesti dibuat dengan adil dan
bayaran mesti dibuat secara penuh mengikut peringkat kerja yang telah
dilaksanakan. Majikan tidak boleh lagi membayar 50 % atau 75% dari nilai kerja
arahan perubahan tersebut sementara menunggu proses kelulusan dari pegawai
atasan sepertimana yang lazim diamalkan sebelum akta ini berkuatkuasa.
Justru itu kelulusan arahan perubahan dan
kadar harganya mestilah dipersetujui terlebih dahulu sekiranya jenis kerja
arahan perubahan itu tiada didalam jadual kadar harga atau didalam kontrak
sebelum kerja arahan perubahan itu dikeluarkan. Kegagalan mematuhinya akan
menyebabkan kerajaan terdedah kepada saman dibawah akta ini. Justru itu ia amat
memerlukan jabatan dan agensi kerajaan menukar sedikit birokrasi jabatan yang
sedia ada pada ketika ini. Proses kelulusan arahan perubahan dan kadar harga
mesti dilakukan dengan cepat sebelum arahan perubahan dikeluarkan kepada
kontraktor. Dijangkakan ini amat sukar untuk dilakukan dan kemungkinan kerajaan
dibawa ke pengadilan adjudikasi bersebab dari perkara ini adalah besar.
Sekiranya kerajaan kalah disebabkan oleh masalah birokrasi ini maka kerajaan
terpaksa menanggung kos tambahan yang berupa kos prosiding adjudikasi, kos
penyediaan tuntutan oleh kontraktor dan lain lain kos lagi yang dibenakan oleh
akta ini.
MINDA WIBAWA RESOURCES
HJ ISMAIL BIN OMAR
No comments:
Post a Comment