Selangor 9 Jan 2014

CIPAA (AKTA BAYARAN DAN ADJUDIKASI INDUSTRI BINAAN)



Alhamdulillah..

   Seminar Akta Bayaran & Adjudikasi Industri Binaan (CIPAA) yang dijadualkan pada 9 hb Januari 2014 di Bilik Seminar CIDB Selangor telah berjalan lancar. Seramai dua puluh orang peserta menghadiri seminar ini.

   Suasana seminar begitu ceria dimana peserta begitu teruja dengan isi dan gaya penyampaian oleh Tn Hj Ismail Omar. Isu bayaran sememangnya menjadi priority utama kepada setiap kontraktor. Apa tidaknya, hampir setiap kontraktor mempunyai pengalaman buruk berkenaan masalah bayaran.

   Antara isu utama yang dihadapi oleh kontraktor ialah kelewatan pembayaran akhir yang selalunya mengambil masa tiga ke empat tahun. Ini menyebabkan modal untuk meneruskan projek lain terbenam di tangan majikan samada kerajaan ataupun swasta. 

   Menurut Hj Ismail, masalah ini akan dapat diselesaikan dengan lebih cepat bilamana akta CIPAA di kuat kuasakan tidak lama lagi.

   Isu bayaran akhir ( final account) dijangka menjadi perkara yang paling banyak akan dibawa ke CIPAA sekiranya pihak majikan tidak mengubah cara mereka menguruskan projek.

   Peserta telah diajar cara cara untuk membuat tuntutan (saman) melalui CIPAA secara step by step. Ini sangat penting kerana proses dan prosedur membuat tuntutan atau jawapan dibawah akta ini mesti dipatuhi sepenuhnya. Proses dan prosedur itu telah dimandatkan oleh undang undang.

Antara maklum balas yang diterima dari peserta:-

“..tempoh seminar perlu dipanjangkan.. supaya lebih banyak perbincangan..”
 .. Siti Fadhilah osman.. wakil dari MTE Engineering Sdn Bhd

“ .. buat hebahan secara meluas tentang adanya akta CIPAA dikalangan kontraktor yang berdaftar ..” Hj Shaharudin bin Idrus .. Pengarah Asyrafcorp S/B (peserta seminar)

“.. pembentangan yang excellent…” Rosmah Abu Zarim .. wakil ALM Eng Services S/B.

No comments:

Post a Comment