CIPAA (AKTA BAYARAN & ADJUDIKASI INDUSTRI BINAAN ) & PENGURUSAN KONTRAK ( 20 MATA CCD)
![]() |
CIK JURAIDAH (WAKIL FILENA SDN BHD) |
![]() |
MR CHAN |
![]() |
MR WONG WENG CHOON (WAKIL ENERGISER ENTERPRISE SDN BHD) |
![]() |
SEMINAR SEDANG BERJALAN |
![]() |
SEMINAR SEDANG BERJALAN |
![]() |
Penganugerahan Sijil Kepada Peserta TN HJ MUSTAFA (WAKIL MAJLIS BANDARAYA IPOH) |
Alhamdulillah..
Seminar Akta Bayaran & Adjudikasi Industri
Binaan (CIPAA) & Pengurusan Kontrak yang dijadualkan pada 8 & 9 hb April
telah berjalan dengan lancar. Seminar telah berlangsung di Bilik Seminar
Perpustakaan Perbadanan Awam Negeri Perak. Seramai 27 orang peserta telah
menghadiri seminar tersebut yang terdiri dari kontraktor bumiputera & bukan
bumiputera. Mereka juga terdiri dari berbagai kelas kontraktor dari G1 sehingga
G7.
Selain dari kontraktor seminar ini turut dihadiri oleh sebelas
(11) orang wakil dari Majlis Perbandaran
Ipoh. Mereka begitu aktif didalam bersoal jawab berkenaan dengan cara bagaimana
CIPAA akan beroperasi.
Penceramah Tn Hj Ismail menasihatkan Majlis Bandaraya Ipoh bahawa
berdasarkan kehendak akta CIPAA beberapa penyesuaian perlu dilakukan terhadap borang
kontrak JKR 203 & 203 A yang sedang digunakan sekarang ini.
Beberapa penyesuaian juga perlu dibuat
berhubung prosedur melulus Arahan Perubahan Kerja. Ini untuk mengelakkan
pegawai dari terdedah kepada tuntutan saman oleh kontraktor.
Mereka juga diingatkan bahawa akan sampai masa nya nanti
bilamana akta ini telah berjalan pihak kontraktor tidak lagi mempunyai pilihan
lain melainkan menyaman kerajaan bila mereka juga turut disaman oleh pembekal
dan subkontraktor yang berkontrak dibawah mereka.
Antara maklum balas
yang diterima dari peserta:-
“ .. Seminar tiada apa apa kekurangan kerana
pemahaman yang diberi sangat berkesan. Apa yang boleh diperbaiki hanya point
mata CCD dari 20 mata ke 30 mata…”
..Juraidah Binti Sazali .. wakil Filena Sdn
Bhd
“…Moga CIDB dapat mengajar seminar untuk pengurusan kontrak
pada masa depan..”
Mr Wong Weng Chong.. wakil Energiser Enterprise Sdn Bhd
“.. Terbaik dan Terima Kasih diatas ilmu yang dikongsi serta menjawab
pelbagai persoalan..”
..En Zulkifli.. Pengurus Projek Syarikat Layang Jaya Sdn
Bhd
Hj Azali B Mohd Desa ..
Pengarah Urusan Rini Jaya Sdn Bhd..
No comments:
Post a Comment