Melaka 1 & 2 April 2014

CIPAA (AKTA BAYARAN & ADJUDIKASI INDUSTRI BINAAN ) & PENGURUSAN KONTRAK DI CIDB MELAKA  ( 20 MATA CCD)
CIK ZATULNADIA (WAKIL MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH JAYA)

EN ZAINUDIN SAMAD (JURUTERA MAJLIS PERBANDARAN JASIN)

Alhamdulillah..

   Seminar Akta Bayaran & Adjudikasi Industri Binaan (CIPAA) yang dijadualkan pada 1 & 2 hb April 2014 telah berjalan dengan lancar. Seminar telah berlangsung di Bilik Seminar CIDB Melaka. Terdapat dua wakil dari Majlis Daerah Jasin dan seorang dari Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya menghadiri seminar ini.

   Wakil Majlis Daerah Jasin menyatakan beliau begitu berminat apabila mendapat jemputan untuk menghadiri seminar ini. Menurut  beliau Pegawai Kerajaan yang terlibat menguruskan projek perlu menghadiri seminar ini kerana beberapa penyesuaian didalam peraturan Jabatan perlu diubahsuai untuk menghadapi akta ini. Ianya mesti dipelajari dan belum ada seminar berhubung CIPAA yang diadakan dinegeri Melaka.

    Tn Hj Ismail Omar menjelaskan prosedur CIPAA dan bagaimana membuat tuntutan. Oleh kerana CIPAA melibatkan tuntutan dibawah kontrak maka pengurusan kontrak juga mesti dibuat dengan betul. Kesilapan didalam menguruskan kontrak menyebabkan organisasi terdedah kepada ancaman CIPAA.

    Beberapa pengubahsuaian terhadap terma terma kontrak yang melibatkan bayaran dan perkara perkara yang bersangkutan bayaran juga perlu diubah. Kegagalan agensi kerajaan mengubah beberapa terma kontrak PWD 203 akan menyebabkan mereka lebih terdedah kepada tindakan dibawah CIPAA berbanding kontrak swasta.

Antara maklum balas yang diterima dari peserta:-

“ …Terima Kasih Minda Wibawa Resources…”
..En Mohd Hisyam bin Mohd Halim.. wakil dari Sinar Taming Sari Enterprise…

“..Seminar ini amat membantu dan sangat berkesan. Isi dan huraian (nota) adalah jelas disamping penceramah yang menampaikannya dengan berkesan..”
.. Cik Zatulnadia Bt Mohd Yaman.. wakil dari Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya..

“..Seminar perlu diperluaskan kerana banyak pihak belum mengetahui betapa pentingnya CIPAA..” En Md Sahar Bin Saidin…wakil Riko Jaya Enterprise..

“…Perlu penyertaan lebih menyeluruh dan lebih ramai merangkumi semua pihak yang terlibat dalam industry pembinaan termasuk ketua jabatan dan kakitangan teknikal agensi kerajaan….” En Zainudin Samad .. Jurutera Majlis Daerah Jasin..

No comments:

Post a Comment