Cipaa & Penilaian Bayaran Interim

CIPAA & PENILAIAN BAYARAN INTERIM
  
  Kontraktor juga boleh menyaman kerajaan jika sekiranya pegawai pegawai yang menjaga projek cuai didalam menjalankan tugas mereka seperti gagal membuat penilaian yang tepat untuk bayaran interim. Jika sekiranya kontrakto rmerasakan dibuli oleh pegawai dan mempunyai bukti bahawa pegawai telah “under value” bayaran yang sepatutnya diterima oleh mereka maka akta ini membenarkan kontraktor untuk membuat tuntutan terus kepada pihak kerajaan dan kerajaan perlu bertanggungjawab di atas kesilapan pegawai pegawainya termasuk menyediakan bajet untuk menampung kos prosiding adjudkasi dan lain lain kos yang dibenarkan oleh akta ini.
  
 Selain dari itu jika kerajaan gagal membuat penilaian terhadap kerja kerja arahan perubahan dalam tempoh bayaran interim sedangkan kerja itu telah dilaksanakan oleh kontraktor maka kontraktor juga boleh membawa perkara tersebut kepengadilan adjudikasi. Perlu difahami setiap kali pertikaian dibawa ke adjudikasi kos tambahan yang berupa kos prosiding adjudikasi dan faedah terpaksa dibayar oleh pihak yang kalah.

MINDA WIBAWA RESOURCES
HJ ISMAIL BIN OMAR

(ADJUDIKATOR BERATULIAH)

No comments:

Post a Comment