Selangor 11 Mac 2014

                             CIPAA (AKTA BAYARAN DAN ADJUDIKASI INDUSTRI BINAAN) ( 10 MATA CCD) 


DARI KASAD MURNI - BELIAU MENGHADIRI BEBERAPA SEMINAR BERSAMA KAMI

EN AMAT - BELIAU MENGHADIRI BEBERAPA SEMINAR BERSAMA KAMI

EN HAMIDI PENGARAH URUSAN AHS SERVICES SDN BHD

PESERTA SEMINAR 

SEMINAR SEDANG BERJALAN


SEMINAR SEDANG BERJALAN
PENGANUGERAHAN SIJIL KEPADA PESERTA
Alhamdulillah...

    Seminar Akta Bayaran & Adjudikasi Industri Binaan (CIPAA) yang dijadualkan pada 11 hb Mac 2014 telah berjalan dengan lancar. Seminar telah berlangsung di Bilik Seminar CIDB Selangor. Seramai 34 orang peserta telah menghadiri seminar tersebut yang terdiri dari kontraktor bumiputera & bukan bumiputera. 

   Mereka juga terdiri dari berbagai kelas kontraktor dari G1 sehingga G7. Terdapat lima orang peserta yang mewakili Ranhill Water Services Sdn Bhd dan dua orang wakil dari Majlis Perbandaran Sepang.
Beberapa orang peserta yang lepas turut menghadiri seminar pada kali ini. Mereka dari AHS Services Sdn Bhd. Greenat Sdn Bhd, Majlis Perbandaran Sepang, Kasad Murni Sdn Bhd & Syarikat Amat. Terima Kasih.

   Peserta di maklumkan bahawa akta CIPAA ini meliputi semua kontrak yang dibuat oleh pihak kerajaan dan bukan kerajaan. Hanya Menteri Kerja Raya sahaja diatas nasihat  Pengarah PTSKL yang boleh mengecualikan mana mana kontrak daripada akta CIPAA. Akta ini juga meliputi kontrak yang dibuat diluar Malaysia tetapi kerja dilakukan didalam teritori Malaysia.

   Justru itu pegawai pegawai kerajaan juga kan turut terkesan dengan pelaksanaan akta ini. Sekiranya pihak kerajaan di saman  dibawah CIPAA dan kerajaan di dapati bersalah, maka kerajaan akan menanggung kos tambahan yang berupa fee prosiding adjudikasi. Persoalan yang mungkin timbul ialah jika sekiranya kekalahan itu disebabkan oleh kesilapan atau kecuaian pegawai terlibat didalam melaksanakan tugasnya maka pegawai yang terbabit mungkin diminta untuk menanggung kos tersebut.

   Kedua dua Ranhill Water Sdn Bhd dan Majlis Perbandaran Sepang berhasrat untuk menghantar wakil lagi ke seminar yang akan datang.

Antara maklum balas yang diterima dari peserta:-

“.. perlu lebih masa untuk seminar seperti ini..”
 En Rosman Abd hamid .. wakil Ranhill Water Services Sdn Bhd.

“ .. melanjutkan hari kursus supaya matlamat dapat dicapai dengan lebih baik dan berkesan..” Cik Mazura Ahmad ..wakil Ranhil Water Services S/B

“.. Ya saya memahami hampir keseluruhan isi kandungan seminar…”
.. Nor Azlin habib .. wakil Ranhill Water Services Sdn Bhd.

No comments:

Post a Comment