TANGGUNGJAWAB KERAJAAN SEBAGAI PRINSIPAL
Di dalam projek kerajaan, jika sekiranya berlaku perselisihan diantara kontraktor utama dengan subkontraktor domestik dan pembekal domestik maka jika sekiranya kontraktor utama kalah didalam pengadilan adjudikasi dan kemudiannya gagal pula
mematuhi keputusan adjudikasi maka pihak yang menang boleh membuat tuntutan terus dari pihak prinsipal iaitu kerajaan.
Ini kerana antara remedi
yang disediakan oleh akta ini ialah pihak yang memenangi pertikaian dibawah CIPAA dibenarkan untuk menuntut bayaran
yang dipertikaikan itu terus daripada prinsipal.
Di dalam hal ini kerajaan wajib mematuhi peruntukan dibawah akta ini.
Setelah mendapat notis tuntutan dari pihak subkontraktor rmaka kerajaan perlu mengemukan notis untuk mendapatkan bukti pembayaran oleh kontraktor utama terhadap
sub kontraktornya. Sekiranya kontraktor utama gagal menunjukkan bukti pembayaran maka kerajaan wajib membuat bayaran bagi pihak kontraktor utama.
Namun begitu kewajipan ini hanya terjadi jika sekiranya semasa tuntutan itu dibuat masih ada duit berbaki
yang masih boleh dibayar kepada kontraktor utama.
MINDA WIBAWA RESOURCES
HJ ISMAIL BIN OMAR
No comments:
Post a Comment