Ipoh Perak 14 & 15 Mei 2014

SEMINAR PENGURUSAN PROJEK METODOLOGI PMP DIBILIK SEMINAR PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK PADA  14 & 15 HB MEI 2014 
( 20 MATA CCD)

sedang berinteraksi dengan peserta..

peserta sedang mengambil bahagian

 En Shamsi mengikuti seminar kali kedua 
Mr Chan mengikuti kali kedua

 En Abd Rahim - peserta yang aktif

En Roduwan Mengikuti kali kedua


Alhamdulillah.. 

   Seminar pengurusan projek Metodologi PMP telah berjalan dengan lancar pada 14 & 15 hb Mei 2014. Terdapat empat peserta menghadiri seminar anjuran Minda Wibawa untuk kali kedua. Terdapat seorang peserta veteran yang banyak berinteraaksi dengan penceramah dan menceriakan suasana.

   Peserta telah dijelaskan tentang konsep pengurusan projek mengikut metodologi yang dibangunkan oleh Project management Institute USA. Sudah sampai masanya mereka menukar  cara pengurusan projek mereka kepada cara yang lebih sistematik, teruji dan berjaya.

Antara maklum balas yang diterima dari peserta:-

“ .. secara keseluruhannya seminar ini berkesan dan membantu meningkatkan pengetahuan peserta untuk diaplikasi dalam pengurusan projek yang sebenar..” 
.. Cik Norshafinaz Mahiyuddin dari Cosign Sdn Bhd

“ .. Fasilitator yang berpengalaman.. bagus..” 
.. Pn Norhidayati Roslan dari X Five Marketing Sdn Bhd

Seremban 8 & 9 Mei 2014

SEMINAR AKTA BAYARAN (CIPAA) & PENGURUSAN KONTRAK DIBILIK KULIAH PUSAT USAHAWAN MARA SEREMBAN PADA  8 & 9 HB MEI 2014 ( 20 MATA CCD)

Seminar sedang berjalan..

Mrs Soo

En Azhar dari EPE Power
Alhamdulillah.. 

   Seminar Akta Bayaran CIPAA & Pengurusan Kontrak telah berjalan dengan lancar pada 8 & 9 hb Mei 2014.
   
  Peserta telah dijelaskan bahawa untuk membolehkan mereka menggunakan akta bayaran CIPAA dengan efektif maka mereka mestilah juga menguruskan kontrak mereka dengan betul. Ini kerana pengadilan dibawah CIPAA akan dibuat berdasarkan terma perjanjian yang dipersetujui.

Antara maklum balas yang diterima dari peserta:-


“ .. Ya saya memahami kandungan & penyampaian seminar ini & very nice..” 
.. Mdm Soo Wen Chuen dari syarikat World Best Construction

Selangor 5 & 6 Mei 2014

SEMINAR  AKTA BAYARAN (CIPAA) & PENGURUSAN KONTRAK DIBILIK SEMINAR CIDB SELANGOR PADA 5 & 6 HB MEI 2014 ( 20 MATA CCD)

Seminar On Progress

 Mr Tee (Supplier)

Mr Phun (G7 Contractor)

En Wan

Alhamdulillah..

    Seminar Akta Bayaran CIPAA & Pengurusan Kontrak telah berjalan dengan lancar pada 5 & 6 hb Mei 2014 di bilik seminar CIDB Selangor. Peserta terdiri dari kalangan kontraktor sivil, M & E dan pembekal.

    Peserta telah dijelaskan berhubung dengan pelaksanaan akta bayaran CIPAA. Kini pertikaian yang berhubung dengan bayaran untuk kontrak yang sedang berjalan dan akan datang telah boleh dibawa ke pengadilan CIPAA. Ada dikalangan peserta yang telah membuat temujanji dengan Tn Hj Ismail untuk memulakan tindakan dibawah CIPAA untuk projek mereka.

Antara maklum balas yang diterima dari peserta:-

“ .. penyampaian ceramah sangat baik..”
 .. En Muhammad Khalis Bin Muzakhir .. Syarikat Adil Sepakat  Sdn Bhd)

“ .. terima kasih Hj …  I have learnt more than expected..”
.. Mr Fhun Kaih Kheng Pengarah Pembinaan Thin Chai Sdn Bhd

Johor Bahru 29 & 30 April 2014

SEMINAR PERANAN & TANGGUNGJAWAB PENGURUS PROJEK DIBILIK SEMINAR CIDB JOHOR PADA 29 & 30HB APRIL 2014 ( 20 MATA CCD)
SEMINAR SEDANG BERLANGSUNG

KHUSYUK MENDENGAR

PENERANGAN TAJUK

 PENYAMPAIAN SIJIL

SENYUMAN MATA CCD


Alhamdulillah.. 

   Seminar Peranan & Tanggungjawab Pengurus Projek  pada 29 & 30 hb April 2014 telah berjaya diadakan di bilik seminar CIDB Johor. Seramai 24 orang peserta telah mengikuti seminar ini.
Bagi kebanyakan peserta tajuk ini begitu “refreshing” dan mendalamkan lagi pengetahuan mereka terhadap peranan & tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh seorang pengurus projek. 

   Kandungan seminar berkisar kepada perkara asas yang bersangkut paut dengan tafsiran maksud Pengurusan Projek mengikut metodologi PMP iaitu .. “APLIKASI ILMU, KEMAHIRAN, ALAT & TEKNIK TERHADAP AKTIVITI AKTIVITI PROJEK UNTUK MEMENUHI ATAU MENGATASI HARAPAN PELANGGAN”

   Peserta telah dijelaskan berhubung dengan jenis dan bentuk ilmu yang perlu dimiliki dan dikuasai oleh seorang pengurus projek. Selain ilmu seorang pengurus projek yang ingin berjaya juga perlu memiliki kemahiran yang berupa “soft skill” & “hard skill”. Faktor yang selalunya menentukan kejayaan dan kegagalan seseorang pengurus projek ialah kebolehan beliau menggunakan alat dan teknik yang sesuai dengan berkesan.

Kalau anda ingin menjadi pengurus projek yang Berjaya.. sila hubungi kami…

Antara maklum balas yang diterima dari peserta:-

“ .. seminar yang sangat baik. Tajuk sangat luas. Terbaiki..” 
.. En Hashim Bin Hj Mohamad (Pengarah Syarikat Tugas Utama Sdn Bhd)


“ .. perbanyakkan kursus seperti ini dalam masa akan datang..”
.. Mr Satwan Singh a/l Sarawan Singh” Jurutera Probase manufacturing