NOTA SEMINAR PAM 2006 / 2018 – TUNTUTAN KOS PERBELANJAAN TAMBAHAN DISEBABKAN OLEH KERJA ARAHAN PERUBAHAN.
Tahukah anda bahawa Klausa 11.7 Kontrak PAM 2006 / PAM 2018 membenarkan kontraktor untuk membuat tuntutan kewangan jika sekiranya kontraktor telah menanggung kos perbelanjaan tambahan (additional expenses) yang disebabkan oleh Arahan Perubahan (V.O) yang dikeluarkan oleh Akitek?
Perbelanjaan tambahan ini terhad kepada V.O yang melibatkan keperluan mesin dan kemahiran yang berbeza dari kerja yang sedia ada. Tahukah anda bahawa perbelanjaan tambahan (additional expenses) ini adalah perbelanjaan yang telah syarikat anda belanjakan disebabkan oleh kerja V.O tersebut tetapi tidak boleh dibayar dibawah kadar tuntutan biasa yang diperuntukan dibawah Klausa 11.6.
Apakah perbelanjaan yang boleh dituntut dibawah Klausa 11.7 ini? Perbelanjaan ini melibatkan perbelanjaan kos mobilisasi dan demobilisasi mesin dan pekerja baru. Ia juga boleh merangkumi kos kos lain seperti kos tambahan pengurusan dan juga kos “idling” mesin sedia ada.
Adakah syarikat anda pernah membuat tuntutan ini dan adakah tuntutan itu berjaya?.. Jika berjaya, TAHNIAH saya ucapkan, jika gagal .. pernah kah sesiapa memberitahu anda KENAPA ianya GAGAL? Pengalaman saya sebagai Pengurus Projek yang telah berkecimpung didalam Industri Binaan selama lebih 39 tahun dan juga “Claim Consultant” untuk CIPAA & Timbangtara, mendapati sangat sedikit kontraktor yang berjaya membuat tuntutan ini kerana ramai dikalangan kontraktor yang kurang faham tentang peraturan membuat tuntutan dengan betul. Perlu difahami bahawa majikan sebenarnya tidak mahu membayar kos yang telah anda sebagai kontraktor belanjakan. Akan tetapi berdasarkan prinsip yang didasari oleh akta kontrak 1950, mereka terpaksa membayarnya.
Justru itu, didalam usaha untuk mengelakkan pembayaran, mereka meletakkan syarat yang ketat yang mesti dipatuhi oleh kontraktor yang ingin membuat tuntutan. Sedikit ketidak patuhan akan menyebabkan tuntutan kontraktor dan sub-kontraktor menjadi tidak sah dari sudut kontrak dan juga undang undang. Tahukah anda bila anda sebagai ahli pasukan projek gagal membuat tuntutan, anda telah gagal menjalankan tugas didalam menuntut hak yang disediakan oleh kontrak kepada syarikat anda. Kegagalan anda bermakna syarikat anda gagal mendapatkan semula apa yang telah dibelanjakan akibat dari kesilapan pihak lain.