TUJUAN SEMINAR
Tujuan seminar yang kami anjurkan ini adalah untuk memberi kefahaman secara menyeluruh kepada para peserta tentang kepentingan berkomunikasi secara efektif mengikut peraturan yang ditetapkan oleh peruntukan peruntukan penting dibawah Kontrak PWD 203A (MC) & PWD 203N (NSC).
Kajian menunjukkan bahawa antara kelemahan utama didalam pengurusan projek projek pembinaan diseluruh dunia adalah kelemahan dalam berkomunikasi. Kelemahan ini samaada disebabkan tiada komunikasi yang direkodkan ataupun komunikasi yang direkod tetapi tidak menepati sepertimana yang digariskan oleh peruntukan dibawah kontrak. Punca utama kelemahan ini adalah disebabkan:
i. Kurang faham tentang peruntukan kontrak yang betul
ii. Kurang skil dalam komunikasi dan penulisan surat
iii. Syarikat tidak memiliki templat surat menyurat standard.
Didalam Seminar ini peserta akan diajar tentang cara cara membaca dan memahami peruntukan peruntukan penting dibawah kontrak PWD 203A (MC) & PWD 203N (NSC). Dengan kefahaman yang betul maka komunikasi juga akan menjadi betul, tepat dan selaras dengan peruntukan kontrak.
Untuk meningkatkan pengetahuan dan skil komunikasi ini para peserta juga akan diajar tentang bagaimana membina templat surat menyurat yang betul berdasarkan kepada peraturan dan peruntukan dibawah kontrak. Sampel templat penting akan akan diberi sebagai nota seminar.
Diakhir seminar, peserta akan diberi peluang untuk bertanya tentang perkara perkara yang mereka masih belum jelas dan juga akan dibuka ruang perbincangan dan perdebatan bagi mengukur kefahaman peserta tentang tajuk yang diajar. Peserta juga berpeluang untuk mendapatkan penjelasan tentang masalah yang sedang mereka hadapi dan kaedah terbaik didalam menyelesaikannya.
Pensyarah yang mengendalikan seminar ini adalah Tn Hj Ismail Bin Hj Omar. Beliau telah berkecimpung didalam bidang pembinaan selama 39 tahun. Beliau pernah berkhidmat dengan Kerajaan dan Swasta, didalam dan diluar negara. Di sepanjang kariernya, beliau telah menguruskan projek bernilai lebih RM 900 juta dan sudah menyiapkan empat buah ebook template surat menyurat berasaskan Kontrak PWD 203A, 203N, PAM 2018 & PAM Sub-Contract 2018. Beliau juga merupakan Perunding tuntutan dibawah CIPAA & Timbangtara.