Tahukah anda bahawa Klausa 11.7 Kontrak PAM 2006 / PAM 2018 membenarkan kontraktor untuk membuat tuntutan kewangan jika sekiranya kontraktor telah menanggung kos perbelanjaan tambahan (additional expenses) yang disebabkan oleh Arahan Perubahan (V.O) yang dikeluarkan oleh Akitek? Perbelanjaan tambahan ini terhad kepada V.O yang melibatkan keperluan mesin dan kemahiran yang berbeza dari kerja yang sedia ada.
Tahukah anda bahawa perbelanjaan tambahan (additional
expenses) ini adalah perbelanjaan yang telah syarikat anda belanjakan
disebabkan oleh kerja V.O tersebut tetapi tidak boleh dibayar dibawah kadar
tuntutan biasa yang diperuntukan dibawah Klausa 11.6.
Apakah perbelanjaan yang boleh dituntut dibawah Klausa 11.7
ini?
Perbelanjaan ini melibatkan perbelanjaan kos mobilisasi dan
demobilisasi mesin dan pekerja baru. Ia juga boleh merangkumi kos kos lain
seperti kos tambahan pengurusan dan juga kos “idling” mesin sedia ada.
Adakah syarikat anda pernah membuat tuntutan ini dan adakah
tuntutan itu berjaya?.. Jika berjaya, TAHNIAH saya ucapkan, jika gagal ..
pernah kah sesiapa memberitahu anda KENAPA ianya GAGAL?
Pengalaman saya sebagai Pengurus Projek yang telah
berkecimpung didalam Industri Binaan selama lebih 39 tahun dan juga “Claim
Consultant” untuk CIPAA & Timbangtara, mendapati sangat sedikit kontraktor
yang berjaya membuat tuntutan ini kerana ramai dikalangan kontraktor yang
kurang faham tentang peraturan membuat tuntutan dengan betul.
Perlu difahami bahawa majikan sebenarnya tidak mahu membayar
kos yang telah anda sebagai kontraktor belanjakan. Akan tetapi berdasarkan
prinsip yang didasari oleh akta kontrak 1950, mereka terpaksa membayarnya.
Justru itu, didalam usaha untuk mengelakkan pembayaran, mereka meletakkan
syarat yang ketat yang mesti dipatuhi oleh kontraktor yang ingin membuat
tuntutan. Sedikit ketidak patuhan akan menyebabkan tuntutan kontraktor dan
sub-kontraktor menjadi tidak sah dari sudut kontrak dan juga undang undang.
Tahukah anda bila anda sebagai ahli pasukan projek gagal
membuat tuntutan, anda telah gagal menjalankan tugas didalam menuntut hak yang
disediakan oleh kontrak kepada syarikat anda. Kegagalan anda bermakna syarikat
anda gagal mendapatkan semula apa yang telah dibelanjakan akibat dari kesilapan
pihak lain.
No comments:
Post a Comment