SEMINAR PENGURUSAN PROJEK & KEWANGAN

ADAKAH AHLI PASUKAN PENGURUSAN PROJEK ANDA TAHU BAGAIMANA CARA UNTUK MENGIRA DAN MEMBUAT PERANCANGAN SUMBER YANG AKAN DIGUNAKAN SEPANJANG TEMPOH PEMBINAAN SEBELUM MEMULAKAN SESEBUAH PROJEK PEMBINAAN MENURUT KAEDAH YANG DIPERAKUI OLEH INDUSTRI?

PENGIRAAN INI AMAT BERKAIT RAPAT DENGAN PENGURUSAN ALIRAN TUNAI SYARIKAT DIMANA JIKA ANDA GAGAL UNTUK MENGIRA PENGGUNAAN SUMBER SEPERTI BURUH, BAHAN BINAAN, MESIN DAN KOS YANG TERLIBAT SERTA MENYUSUN JADUAL KERJA DENGAN EFISIEN, IANYA AKAN MENYEBABKAN SYARIKAT MENGALAMI KERUGIAN DAN BERLAKUNYA PEMBAZIRAN SUMBER.

DI DALAM SEMINAR INI, KAMI AKAN MENGAJAR ANDA CARA BAGAIMANA MENGIRA ANGKATAP BURUH, ANGKATAP BAHAN DAN ANGKATAP MESIN YANG DIPERLUKAN SEPANJANG TEMPOH PEMBINAAN BERJALAN.

KAMI BERIKAN CONTOH PENGIRAAN PENGGUNAAN SUMBER DENGAN PERCUMA UNTUK PENGIRAAN KERJA “FORMWORK” SEPERTI DI LAMPIRAN. JIKA ANDA RASA CARA INI TIDAK PERNAH ANDA CUBA UNTUK PROJEK-PROJEK SEBELUM INI TETAPI MERASAKAN CARA INI TEPAT UNTUK DIGUNAKAN DI DALAM PROJEK-PROJEK AKAN DATANG, MAKA ANDA DIJEMPUT UNTUK HADIR KE SEMINAR ANJURAN KAMI UNTUK MENGETAHUI CARA PENGIRAAN BAGI KERJA-KERJA LAIN SEPERTI DALAM SENARAI DI BAWAH:-

1) BESI TETULANG (REINFORCEMENT)

2) KONKRIT

3) BRICKWORK

4) PLASTER

5) MENGECAT (PAINTING)

6) JUBIN (TILING)

7) BUMBUNG

8) JALANRAYA


JUSTERU ITU, SEMUA KONTRAKTOR/SUB-KONTRAKTOR/JURUTERA/JURUUKUR BAHAN/ PENGURUS PROJEK DAN PENGURUS AKAUN PROJEK DIJEMPUT UNTUK HADIR KE SEMINAR KAMI YANG BERTAJUK PENGURUSAN PROJEK DAN KEWANGAN SECARA ONLINE.  

DAFTAR SEGERA. TEMPAT ADALAH TERHAD. KAMI HANYA MENERIMA 40 PESERTA TERAWAL SAHAJA. 

ANDA BUKAN SAHAJA BOLEH MENDAPATKAN MATA CCD SEBANYAK 20 MATA UNTUK MEMPERBAHARUI LESEN CIDB ANDA TETAPI YANG PALING PENTING SEKALI ANDA DAPAT UPGRADE ILMU PENGETAHUAN SEDIA ADA ANDA DI DALAM MENGURUSKAN PROJEK DAN ALIRAN TUNAI SYARIKAT ANDA DENGAN LEBIH BAIK LAGI DAN MENGELAKKAN SYARIKAT ANDA MENGALAMI KERUGIAN ATAU DIKENAKAN DENDA KELEWATAN SIAP KERJA.

 

TEKAN SINI UNTUK PENDAFTARAN ONLINE

SEMINAR PENGURUSAN PROJEK & KEWANGAN PADA 23 & 24 HB JULAI 2024

 

Tuan Kontraktor yang dihormati!

Izinkan saya bertanya satu soalan. Adakah menjadi satu kebiasaan didalam syarikat tuan, sebelum sesuatu projek dijalankan, Pengurus Projek tuan akan tampil memberi taklimat kepada tuan tentang analisa dan pengiraan keperluan buruh, bahan binaan, mesin dan aliran tunai yang diperlukan oleh projek tersebut?

Jika tidak pernah, itu bermakna ada sedikit kekurangan dalam cara kakitangan tuan menguruskan projek dan itu juga menjadi petanda bahawa pengurusan projek tuan tidak mempunyai pengetahuan dan kepakaran yang cukup untuk membuat analisa dan mengira keperluan buruh, bahan binaan, mesin dan aliran tunai untuk projek yang mereka akan uruskan. Tanpa analisa dan pengiraan yang betul, pemerolehan buruh, bahan binaan dan juga mesin akan dilakukan secara “ad hoc” sahaja dan ini pasti akan membawa risiko pembaziran dan ketidakseimbangan didalam pemerolehan antara bahan, buruh dan mesin ditapak. Selain itu, tanpa pengiraan bahan binaan, buruh dan mesin yang betul, ia juga akan menyukarkan tuan untuk mengurus aliran tunai projek dan syarikat. Kebolehan megadakan  bahan,buruh dan mesin yang mencukupi sangat bergantung kepada alirantunai yang positif dan kegagalan menguruskannya menjadi antara punca utama kegagalan pengurusan projek.

Memahami masalah ini, syarikat kami akan mengadakan satu seminar bertajuk “Pengurusan Projek & Kewangan”. Didalam menjelaskan proses dan metodologi pengurusan projek berdasarkan metodologi PMP, di sesi kedua dan ketiga seminar ini kami akan secara khusus melatih para peserta yang terdiri dari Jurutera, Jurukur Bahan dan Planner tentang cara cara membuat pengiraan buruh, bahan, mesin dan kos untuk beberapa pakej kerja pembinaan bangunan dan jalanraya. Pengiraan ini akan dibuat berdasarkan kepada ANGKATAP BURUH, ANGKATAP BAHAN BINAAN & ANGKATAP MESIN (LABOUR, MATERIALS & MACHINERY COEFFICIENT) yang telah digunapakai untuk sekian lama oleh Industri Binaan.

Harapan kami, semuga kehadiran kakitangan tuan ke seminar kami ini akan meningkatkan lagi kemahiran mereka didalam menguruskan projek projek tuan dimasa akan datang dan membawa keuntungan kepada syarikat.  Nota yang lebih lengkap akan diberikan kepada peserta sehari sebelum seminar diadakan.



TEKAN SINI UNTUK PENDAFTARAN 


SEMINAR PENGURUSAN TUNTUTAN EOT, LOSS & EXPENSE & ADDITIONAL EXPENSE (V.0) YANG EFEKTIF DI BAWAH KONTRAK PAM 2018 & PAM 2018 NSC PADA 3 DAN 4 HB JULAI 2024

 PENYATAAN MASALAH

Menjadi kebiasaan yang kebanyakan projek pembinaan tidak dapat disiapkan didalam tempoh penyiapan asal. Kelambatan ini berpunca dari berbagai sebab yang datang samada dari pihak kontraktor sendiri, bencana alam, pihak ketiga atau pihak Majikan. Apabila kelambatan adalah berpunca dari kesilapan Kontraktor dan Sub-Kontraktor (NSC), Akitek akan segera mengenakan CNC dan Majikan juga tidak akan teragak-agak mengenakan LAD kepada mereka. Ini terjadi kerana kebanyakan kontrak pembinaan tidak meletakkan peraturan yang ketat kepada Majikan untuk menolak LAD daripada Kontraktor dan Sub-Kontraktor (NSC).

Sebaliknya, jika kelewatan disebabkan oleh tindakan Majikan, kontrak meletakkan peraturan yang amat ketat yang mesti dipatuhi oleh Kontraktor dan Sub-Kontraktor (NSC) sebelum mereka dibenarkan membuat tuntutan EOT dan “Loss and Expense” daripada Majikan. Malangnya, tidak ramai Kontraktor dan Sub-Kontraktor (NSC) yang didedahkan dengan pengetahuan tentang peraturan-peraturan ini. Disebabkan oleh pemahaman dan kesedaran yang lemah ini, banyak Kontraktor dan Sub-Kontraktor (NSC) telah kehilangan hak mereka untuk menuntut EOT dan “Loss & Expense”. Hak mereka dinafikan hanya kerana gagal mematuhi peraturan ketat yang ditetapkan oleh kontrak.

Terdapat satu kes yang dirujuk ke Mahkamah berhubung dengan tuntutan “Loss & Expense”. Pihak Kontraktor menuntut sekitar RM 12 juta dari pemaju. Namun keseluruhan tuntutan tersebut ditolak oleh mahkamah kerana kegagalan Kontraktor mematuhi sebahagian peraturan yang ditetapkan oleh kontrak. 

Dipercayai, di luar sana, banyak lagi kes di mana Kontraktor dan Sub-Kontraktor (NSC) gagal untuk menuntut “Loss & Expense”. Ini telah menyebabkan mereka kehilangan wang yang sepatutnya mereka berhak terima sekiranya mereka mematuhi proses dan prosedur yang ditetapkan oleh kontrak. Kegagalan dalam tuntutan EOT bermakna mereka terpaksa menanggung beban LAD. Kegagalan dalam tuntutan “Loss & Expense” bermakna semua kos yang telah mereka keluarkan dalam tempoh kelewatan, tidak akan dibayar balik. Kegagalan tuntutan ini akan mengurangkan keuntungan atau meningkatkan kerugian mereka. Sebaliknya, ia akan menguntungkan Majikan.

Justeru itu, untuk mengelakkan kegagalan tuntutan ini dari berterusan maka sudah sampai masanya untuk setiap Kontraktor dan Sub-kontraktor (NSC) memastikan syarikat mereka mempunyai satu tatacara operasi piawai didalam menguruskan tuntutan EOT & “Loss and Expense” secara yang efektif. Langkah awal ialah dengan memastikan kakitangan projek mereka dilatih dengan betul untuk memahami proses dan prosedur yang ditetapkan oleh kontrak bagi membina Tatacara Operasi Piawai yang selari dengan kehendak kontrak.


JOM JOIN SEMINAR KAMI


OBJEKTIF SEMINAR

Objektif seminar ini adalah untuk membimbing Kontraktor dan Sub-kontraktor (NSC) tentang cara mengurus tuntutan EOT dan “Loss & Expense” dengan lebih strategik, sistematik dan tersusun berdasarkan prosedur yang ditetapkan di bawah PAM 2018 (MC) & PAM Sub-Kontrak 2018 (NSC). Pengurusan yang berkesan akan meningkatkan peluang kejayaan tuntutan mereka dan dalam masa yang sama memastikan pematuhan kepada semua peraturan yang ditetapkan oleh kontrak. Dokumen tuntutan yang teratur, disokong oleh butiran terperinci dan kos yang berkaitan serta mematuhi peraturan kontrak akan mengelakkan tuntutan dari dipertikai dan ditolak oleh Akitek dan Majikan. Pada masa yang sama, tuntutan yang sistematik dan tersusun serta mematuhi prosedur akan mempercepatkan proses kelulusan dan pembayaran. Ini akan menambah baik dan menstabilkan aliran tunai projek.


APA YANG AKAN DIAJAR

Didalam Seminar ini peserta akan diajar secara detail dan “step by step” tentang proses dan prosedur wajib untuk membuat tuntutan dibawah:

i. Perbelanjaan tambahan yang disebabkan oleh Kerja tambahan (V.O) di bawah klausa 11.7 PAM 2018 (MC) & klausa 12.3 Sub-Kontrak PAM 2018 (NSC).

ii. Lanjutan Masa (EOT) di bawah Klausa 23 PAM 2018 (MC) & Klausa 21 PAMSub-Kontrak 2018 (NSC)

iii. “Loss & Expense” di bawah Klausa 24 PAM 2018 (MC) dan Klausa 22 PAM Sub-Contract 2018 (NSC).

Perlu diingatkan bahawa berdasarkan peruntukan kontrak, pematuhan ketat kepada semua proses dan prosedur ini adalah menjadi "condition precedent" kepada kejayaan tuntutan. Oleh itu, sebarang kegagalan untuk mematuhi mana-mana syarat (proses dan prosedur) yang ditetapkan oleh kontrak, akan menyebabkan tuntutan menjadi tidak sah dan ditolak. Sebarang penolakan akan menyebabkan kontraktor dan Sub-Kontraktor (NSC) kehilangan wang yang mereka telah belanjakan kerana kesalahan pihak lain.

Perlu difahami bahawa proses dan prosedur dibawah Kontrak PAM Sub-Kontrak 2018 (NSC) adalah sedikit berbeza dari Kontrak PAM 2018 (MC). Tuntutan dibawah PAM Sub-Kontrak 2018 (NSC) memerlukan kerjasama kontraktual antara Kontraktor Utama dan Sub-Kontraktor (NSC). Kerjasama ini memerlukan komunikasi yang efektif dan efisen antara kedua mereka. Komunikasi yang lemah akan membawa kepada kerjasama yang lemah dan kerjasama yang lemah akan menjejaskan tuntutan dan akhirnya akan mewujudkan pertikaian kontrak antara Kontraktor dan Sub-Kontraktor (NSC).


BAGAIMANA SEMINAR INI DIJALANKAN

Seminar ini akan dijalan secara online. Seminar ini akan menjelaskan lagi proses dan prosedur dalam kontrak yang mesti dipatuhi. Kami juga akan membincangkan kesilapan dan ketidakpatuhan yang biasa dilakukan oleh pemain industri di dalam pengurusan seperti yang dilaporkan dan dinyatakan dalam penghakiman beberapa kes di Malaysia.  Berdasarkan kes-kes yang dinyatakan ini, terdapat kesilapan yang dilakukan oleh kontraktor dan sub-kontraktor (NSC) dan juga terdapat kesilapan yang dilakukan oleh Akitek dan perunding berkenaan dengan pematuhan kepada proses dan prosedur yang ditetapkan di bawah PAM 2018 (MC) & klausa 21 Sub-Kontrak PAM 2018 (NSC). Kesilapan ini mesti dielakkan.

Bagi mengelakkan semua kesilapan ini, peserta akan dibimbing tentang cara membina templat tuntutan yang betul dan sejajar dengan keperluan yang ditetapkan oleh PAM 2018 (MC) & Sub-Kontrak PAM 2018 (NSC). Beberapa templat yang telah siap juga akan dibincangkan dan akan diedarkan sebagai nota seminar.

Seminar ini akan dijalankan secara interaktif. Peserta akan digalakkan untuk berinteraksi dan melibatkan diri dengan pensyarah semasa seminar berlangsung. Ini bagi memastikan setiap peserta memahami kandungan seminar dengan baik dan dapat mempraktikkan apa yang dipelajari untuk manfaat syarikat dan pembangunan kerjaya profesional mereka sendiri.


PENSYARAH

Seminar ini akan diketuai oleh Tn Hj Ismail Hj Omar. Beliau pernah berkhidmat di sektor awam dan swasta sama ada dalam dan luar negara. Sepanjang kerjayanya, beliau telah menguruskan beberapa projek besar dan terlibat dalam pelbagai metodologi pembinaan untuk pembinaan bangunan, lebuh raya, loji rawatan, landasan kereta api dan taman Perindustrian. Sebagai Pengurus Projek, beliau telah mengetuai, mengurus dan mencapai projek bernilai lebih RM 900 juta.

Dalam perjalanan kerjayanya sebagai Pengurus Projek, beliau telah menguruskan beberapa jenis kontrak pembinaan termasuk kontrak PWD 203, PAM 2006 dan FIDIC Standard Forms. Berdasarkan pengalaman dan kepakarannya yang luas dalam Pengurusan Projek, beliau telah mengarang empat e-book untuk Templat Surat-Menyurat berdasarkan terma dan syarat di bawah PWD 203A, 203N, PAM 2018 & PAM Sub-Kontrak 2018. Beliau juga adalah Perunding Tuntutan bagi kontraktor yang ingin untuk membawa pertikaian mereka kepada CIPAA atau Timbang Tara.


TEKAN SINI UNTUK DAFTAR ONLINE



SEMINAR ONLINE ''PENGURUSAN SURAT MENYURAT PROJEK BERDASARKAN KONTRAK PWD 203A & 203N (NSC)” PADA 19 & 20 HB JUN 2024


Tuan Kontraktor yang dihormati!

Kami amat memahami masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan Kontraktor didalam Pengurusan Surat Menyurat Projek mereka. Masalah berpunca disebabkan kerana mereka tidak mempunyai satu templat standard untuk menulis surat surat penting projek yang menepati dengan kehendak dan peruntukan dibawah syarat syarat kontrak.

 

Tanpa templat standard tersebut, banyak dokumen dokumen penting projek tidak dijana dan direkod dengan betul oleh kakitangan pengurusan projek. Akibatnya pihak kontraktor gagal mendapat hak hak mereka dibawah kontrak. Banyak tuntutan yang ditolak akibat kekurangan maklumat dan ketiadaan dokumen sokongan.

 

Untuk mengatasi masalah ini, syarikat kami Minda Wibawa Resources akan mengadakan satu seminar bertajuk “Pengurusan Surat Menyurat Projek Berdasarkan Kontrak PWD 203A & 203N (NSC)” pada (19 & 20 hb Jun 2024). Didalam Seminar ini, penceramah kami akan mengajar peserta berhubung beberapa klausa penting kontrak dan bagaimana untuk membina templat surat menyurat berdasarkan kepada situasi dan masalah yang mungkin akan dihadapi oleh kontraktor berhubung dengan klausa tersebut. Peserta akan diajar untuk mengenalpasti masalah yang mengkin berlaku dan kemudiannya menjana templat surat menyurat yang kandungannya menepati kepada situasi yang dihadapi dan juga kepada kehendak klausa klausa yang terkait.

 

Secara umumnya berdasarkan kepada klausa klausa yang terdapat didalam Kontrak PWD 203A, terdapat 3 kategori surat menyurat yang perlu ditulis dan dikemukakan oleh Pengurusan Projek kepada Pegawai Penguasa menurut tempoh dan prosedur yang ditetapkan oleh klausa klausa tersebut: -

 

 

Kategori

Klausa

Penerangan

 

 

 

 

1

 

 

 

 

Penyerahan Dokumen

Klausa 12.1

Penyerahan “Work Program”

Klausa 13.1

Penyerahan “Performance Bond”

Klausa 15.1

Penyerahan Insuran “Contractor All Risk”

Klausa 16.1

Penyerahan Insuran “Workmen Compensation”

Klausa 17.1

Penyerahan “SOCSO”

Klausa 31.5

Berkaitan Penyerahan “Akuan Statutori”

Klausa 35.1

Berkaitan Penyerahan “Samples for Materials Approval”

Klausa 36.1

Berkaitan Penyerahan “Inspection & Test Plan”

Klausa 68.1

Berkaitan Penyerahan “Safety Program & Compliance”

 

 

 

 

2

 

 

Permohonan Hak Dibawah Kontrak

Klausa 5.1

Permohonan Mendapatkan “Instructions”

Klausa 8.1

Permohonan Mendapatkan “Contract Documents”

Klausa 23.3

Permohonan “Extension of Working Hours”

Klausa 25.1

Permohonan “Quotation of Rates for V.O Works”

Klausa 28.1

Permohonan “Interim Payment”

Klausa 31.1

Permohonan “Final Account”

Klausa 39.2

Permohonan “Certificate of Practical Completion”

 

 

 

 

 

 

 

Notifikasi Tuntutan

Klausa 8

Notifikasi untuk Memohon Arahan S.O disebabkan oleh “Discrepancy Between Contract Documents”.

 

Klausa 21.2

Notifikasi untuk Memohon Arahan S.O disebabkan oleh perubahan “Law & Regulations”.

 

Klausa 26.1

Notifikasi untuk Memohon Arahan S.O disebabkan oleh “Error in the description of quantity & quality of works in the BOQ”.

 

Klausa 36.6

Notifikasi untuk Menuntut Kos “Testing & Inspection”.

 

Klausa 39.2

Notifikasi untuk Menuntut “CPC”.

 

Klausa 43.1

Notifikasi untuk Menuntut “EOT”.

 

Klausa 44.1

Notifikasi untuk Menuntut “Loss & Expense”.

 

Klausa 48.4

Notifikasi untuk Menuntut “CMGD”.

 

Klausa 55.1

Notifikasi untuk “Termination of Contract”.

 

Klausa 66.1

Notifikasi untuk “Refer Dispute To Arbitration”.

 

Harapan kami, semuga kehadiran kakitangan tuan ke seminar kami ini akan meningkatkan lagi kemahiran mereka didalam menjana dan meguruskan surat menyurat projek dimasa akan datang. Untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang apa yang telah kami nyatakan diatas, bersama sama ini kami sertakan sebahagian dari “presentation slide” untuk sesi kedua seminar kami untuk rujukan tuan. Nota yang lebih lengkap akan diberikan kepada peserta sehari sebelum seminar diadakan.

Tentatif program juga turut dilampirkan. Oleh kerana seminar ini akan dijalankan secara “online”, maka kami hanya menyasarkan setakat 40 orang peserta sahaja. Siapa cepat dia dapat. Justru itu, kami terlebih dahulu memohon banyak kemaafan jika terpaksa menolak mana mana permohonan yang lambat diterima.

Sekian dari kami

MINDA WIBAWA RESOURCES



TEKAN SINI UNTUK PENDAFTARAN ONLINE